berita

Artbox Malaysia, Pasar Malam Epic & Happening Yang Korang Kena Singgah Hujung Minggu Nanti!

October 31st, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Hujung minggu ni korang dah ada plan ke nak pergi mana? Asyik lepak mall pun bosan jugak kan? Haa..meh kami nak ajak korang pergi pasar malam. Tapi ni bukan sebarang pasal malam tau sebab memang epic gila!

Korang pernah dengar Artbox? Artbox ni konsep dia macam sama je macam night market dan mula-mula dianjurkan di Bangkok, Thailand. Memang Artbox ni satu projek yang berjayalah sebab berjaya menarik lebih 700 ribu pelancong dari serata negara tau! Wow!

Yang paling best, tahun ni Artbox akan diadakan pula di Malaysia pada November ini! Yahoo!

Rugi kalau korang miss Artbox Malaysia sebab…

Haa..kenapa kitorang cakap rugi? Sebab ni adalah pertama kali Artbox dianjurkan di Malaysia dan ada banyak benda menarik yang korang boleh explore kat sini, antaranya pelbagai pilihan makanan, bazaar dan pop-up stores dari jenama lokal dan antarabangsa, serta korang boleh layan alunan muzik live performances dari pemuzik tempatan seperti Dani, Wanted Symphony, Pris Xavier dan ramai lagi.

Sambil layan persembahan tu, korang jugak boleh chill atas Airmock yang disediakan dibawah 6,000 fairy lights berkerlipan. Bestnya!

Oh ya, jangan lupa ambil gambar korang dan posing habis-habisan di container-container kat Artbox yang telah ditransformasikan oleh pelajar-pelajar Universiti Sunway. Memang awesome spot untuk korang OOTD  dan instagram-worthy sangat!

Meh admin belanja video sikit!

https://www.facebook.com/malaysia.artbox/videos/1216948251788671/

 

Nak lagi? Haa.. jom kami share apa lagi yang best ada kat Artbox Malaysia nanti..

Pestle & Mortar Clothing

Korang mesti kenal jenama streetwear Pestle & Mortar Clothing (PMC) kan? Haa..kat sana nanti, korang boleh dapatkan barangan ekslusif hasil kolobarasi antara Artbox dengan PMC iaitu ‘Artbox X PMC’ dan juga produk-produk original PMC bersama Supercrew.

Pastry Delight

Ahh..sedapnya pastry ni semua! Eh..nanti dulu, ni semua bukan makanan ye, tapi sebenarnya sabun handmade! Kalau korang nak dapatkan sabun comel yang menyelerakan ni, jangan lupa singgah booth @pastry.delight nanti ok!

mypaperprojects

Ada sini peminat scrapbook dan suka tulis jurnal? Haa..korang wajib datang @mypaperprojects. Kat sini korang memang akan rambang mata dengan stickers, stamp dan journal comel tak masuk akal!

bumi.nyata

Sekarang kan beg rotan tengah in! Jomlah dapatkan satu kat @bumi.nyata! Serius cantik-cantik dan trendy beg diorang ni semua!

thelittleclothingshop

Ahhh..comel-comelnya baju dari @thelittleclothingshop ni!!

sensatia_botanicals

Nak cari skin care berasaskan bahan semulajadi? Jangan lupa singgah @sensasia_bontanicals untuk produk penjagaan kulit dari Bali ni!

one8one2

Korang suka subang yang funky dan unik? @one8one2 lah tempatnya!

watchmii

Nak cari jam dengan design yang trendy dan classy? Couple watch pun ada! Jom ke @watchmii

moirasboutique

Jom shopping baju, kasut dan aksesori kat @moirasboutique !

studio.saturday

Serius comel pin-pin kat @studio.saturday ni! Ada pelangi, ais krim dan banyak lagilah. Kawaiii!

overtrend_shop

Siapa kata barangan perempuan je yang ada, barang lelaki pun ada tau. Memang smart dan stylo lah seluar-seluar kat @overtrend_shop ni!

Lepas dah penat shopping, jomlah isi perut dulu! Ada banyak jenis makanan unik dan lazat yang korang boleh cuba sebab lebih dari 500 vendor berbeza setiap minggu yang akan join Artbox Malaysia seperti @makiritomy, @singaporelaksabypgfn , @_thebakingtrip_, @merinsenterprise  dan banyak lagi!

Macam mana nak pergi Artbox Malaysia? Check this out..

Mesti korang tertanya-tanya bila dan dimana Artbox Malaysia akan diadakan kan? Nah details..

Tarikh: 9 -11 November dan 16-18 November

Masa: 3pm – 11pm

Lokasi: Sunway City Outdoor Open Air Carpark, Sunway Pyramid

Masuk adalah PERCUMA! Wee..

Macam mana nak pergi? Haa..ikut ni..

Kalau korang naik kereta, korang boleh ikut ni:
Car Park yang terdekat:
Sunway Pyramid
Sunday Resort Hotel & Spa
The Pinnacle Sunway
Sunway Geo
BRT SunU-Monesh (Ride & Park)

Kalau korang naik train:
Ambil Laluan LRT Kelana Jaya atau Laluan Komuter KTM Port Klang, kemudian tukar ke Laluan BRT Sunway

Kalau korang naik bas:
Hentian bas terdekat:
Sunway Lagoon BRT
Sunway Pyramid Timur
Sunway Pyramid
Masjid Bandar Sunway

Nak lagi senang dan mudah, guna SOCAR dan Grab. Ada promo tau!

Selalu tempat-tempat macam ni mesti susah nak parking kan. Takyah pening-pening, guna je servis SOCAR. Siap dapat diskaun dan reserved parking untuk korang lagi!

Kalau korang guna Grab pulak, korang layak nikmati mata ganjaran GrabRewards untuk setiap transaksi tanpa tunai melalui GrabPay, diskaun ekslusif untuk setiap perjalanan pergi dan balik ke Artbox Malaysia serta penghantaran GrabFood (restoran terpilih) sekitar kawasan Sunway dan Subang. Kalau korang nak tahu lebih lagi pasal ni, pergi je kat booth Artbox nanti ok!

Gempak kan? Harap dapat membantu korang! Admin dah tak sabar nak tunggu bulan November ni. Jumpa korang kat Artbox Malaysia tau!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh follow Instagram dan Facebook diorang okay!

SKIP THIS AD ×