berita

Arteta, Dybala, Hudson-Odoi Antara Bintang Besar Bola Sepak Eropah Positif Covid-19

March 13th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Hari demi hari jumlah kes melibatkan wabak Covid-19 semakin meningkat naik. Wabak yang bermula dari negara Asia kini telah merebak ke serata dunia dalam masa yang singkat. Tidak terkecuali, beberapa bintang bola sepak Eropah turut dikenal pasti positif wabak ini. Oleh hal yang demikian, beberapa liga besar di Eropah terpaksa ditunda ekoran langkah berjaga-jaga untuk menangani penularan wabak ini.

Pengurus Arsenal positif Covid-19

Menurut laporan Evening Standard, pengurus dan ketua jurulatih pasukan Arsenal, Mikel Arteta telah sah positif Covid-19. Berita ini disampaikan oleh pihak kelab Arsenal pada hari khamis. Sehubungan dengan itu, pihak Liga Perdana Inggeris telah mengadakan satu mesyuarat berhubung penerusan jadual liga atau terpaksa ditangguhkan.

Pemain sayap Chelsea positif Covid-19

Selain Mikel Arteta, pemain sayap pasukan Chelsea, Callum Hudson-Odoi turut didapati positif Covid-19. Menerusi laporan Football London kesemua badan pengurusan yang terlibat dalam pasukan itu telah dikuarantin secara sendiri. Bangunan utama kelab turut ditutup tetapi kemudahan latihan dan Stamford Bridge beroperasi seperti biasa.

Dybala postif Covid-19

Selain itu, bintang bola sepak Juventus, Paulo Dybala dilaporkan turut positif wabak Covid-19. Memetik laporan Independent, Dybala merupakan pemain kedua yang dijangkiti wabak ini selepas pemain pertahanan mereka Daniele Rugani. Sementara itu, 121 pekerja kelab berkenaan dikatakan terpaksa kuarantin diri berhubung kes yang menimpa pemain mereka. Penyerang berbisa Juventus, Gonzalo Higuain dikawal rapat pihak kesihatan kerana dia dikatakan sering berjumpa dengan Dybala.

Sumber: Evening Standard, Football London, Indpendent

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×