
Pelakon, Ramona Zamzam berkongsi pandangan bahawa para artis dalam industri hiburan mempunyai aura yang lebih santai berbanding segelintir pempengaruh apabila menghadiri sesebuah acara.
Artikel Berkaitan: Ramona Zamzam Dedah Tak Kenal Bapa Kandung Sejak Kecil – ‘Saya Teruja Nak Jumpa Tapi Respon Dia Mengecewakan’
Artikel Berkaitan: Ramona Zamzam ‘Tepek’ Selebriti ‘Dan Dan Post’ – ‘Yang Korang Kisah Adalah Duit & Populariti’
Selebriti & pempengaruh
Menurut Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 35, perkara itu mungkin dipengaruhi oleh perbezaan persekitaran kerja memandangkan artis kebiasaannya sering dikelilingi oleh ramai orang.
Saya tidak tahu kenapa pempengaruh ada vibe begitu tapi saya perasa kalau jumpa rakan artis (pelakon/penyanyi) mereka lebih rajin bersosial dan lebih relaks di acara.
Saya pun tertanya-tanya apa sebabnya tapi saya andaikan artis dalam industri memang sentiasa dikelilingi ramai orang (pengurus/kru dan sebagainya).
Manakala pempengaruh pula kebanyakannya bermula dari media sosial tapi dalam kehidupan sebenar tak semuanya pandai sangat bergaul.
Sekarang bila pergi acara, memang dah boleh bezakan vibe selebriti dengan vibe pempengaruh, memang sangat berbeza.
Ramona berkongsi perkara itu selepas personaliti media sosial, Mekyun meluahkan pengalaman yang tidak menarik apabila bertemu dengan pempengaruh di sesebuah acara.
Dalam perkongsian tersebut, Mekyun mendakwa para pempengaruh mempunyai aura yang berbeza di mana mereka lebih bersikap diva.
Sumber: Threads