berita

Artis Mexico Teruja Hamil Di Usia 68 Tahun, Bakal Pecah Rekod

August 16th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seorang pelakon terkenal di Mexico iaitu Lyn May telah mengumumkan dirinya hamil di ketika berusia 68 tahun. Berita gembira itu dikongsinya melalui satu posting di laman Instagram disertakan beberapa keping foto bersama pasangannya seorang ahli muzik, Marcos D1 berusia 29 tahun.

‘Saya hamil tiga bulan’

Foto: The Newsweek

Lyn May mengakui sudah hamil tiga bulan dan kini mempersiapkan dirinya untuk menyambut kelahiran cahaya mata. Foto yang dikongsinya itu telah meraih 35,435 tanda suka dan posting tersebut telah ditutup ruangan komen.

Saya sangat gembira untuk mengumumkan saya hamil tiga bulan dan @marcosd1official juga sangat bahagia untuk bergelar seorang ayah.

Malah, Marcos juga memuat naik foto bersama Lyn May dan meluahkan rasa teruja bakal menimang bayi tidak lama lagi. Kelihatan di ruangan kapsyen turut disertakan tanda pagar #2019 dan dipercayai itu merupakan tahun percintaan antara mereka berdua.

Bakal cipta sejarah

Sementara itu, The Newsweek melaporkan sejarah dan rekod baharu Guinness World Record bakal tercipta sekiranya Lyn May selamat melahirkan bayi sebagai wanita tertua di dunia yang melahirkan anak.

Bagi rekod, pada 29 Disember 2006, Maria del Carmen Bousada Lara memegang rekod Guinness World Record sebagai wanita tertua melahirkan anak pada usia 66 tahun. Dia telah menjalani proses bayi tabung ujian (IVF) di Barcelona, Sepanyol dan dikurniakan sepasang anak kembar. Namun, tiga tahun selepas itu, Maria del Carmen telah meninggal dunia.

Sumber: The Newsweek

SKIP THIS AD ×