Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai isu seorang pelakon dan penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi satu secara rahsia.
Nikah senyap-senyap?
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, isteri baharu pelakon ini dikatakan masih muda dan jarak usia antara mereka sangat jauh. Difahamkan, penduduk berdekatan tempat tinggal mereka mula mengesyaki sesuatu apabila sering melihat artis berkenaan kerap berada di kawasan tersebut. Namun, mereka enggan menghebohkan mengenai perkara itu kerana masih samar-samar dan takut menimbulkan fitnah.
Namun, baru-baru ini ada kejadian membabitkan mereka hingga membawa kepada laporan polis. Menerusi apa yang berlaku, dipercayai artis dan wanita terbabit adalah pasangan suami isteri. Namun, butiran lanjut tidak diketahui.
Bagaimanapun, ada dakwaan mengatakan rumah tangga penyanyi itu berdepan dengan masalah dan kini dalam proses perceraian. Tetapi, kehadiran penyanyi terbabit bersama isterinya ke pertandingan nyanyian membabitkan anak mereka yang juga seorang penyanyi wanita popular baru-baru sekaligus menepis dakwaan tersebut.
Setakat ini tidak dapat dipastikan siapakah artis yang dimaksudkan.
Sumber: Harian Metro