berita

‘Arwah Akan Bangun 2/3 Malam Untuk Bertahajud & Baca Quran’ – Kematian Pendakwah Dari Johor Dicemburui

September 18th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Setiap manusia pasti akan merasai perasaan kehilangan seseorang dalam hidup kita. Kehilangan orang tersayang terutamanya ahli keluarga dan kenalan rapat merupakan saat paling memeritkan untuk diterima. Seperti perkongsian sayu dari pengguna Facebook, Mohd Azwan berkongsi detik-detik terakhir dan kenangan manis sepanjang mengenali arwah Mad Zaidi Bin Loso, seorang pendakwah dari Kota Tinggi, Johor.

Arwah sangat aktif dalam berdakwah dan beriktikaf di masjid. Tidak sangka itulah malam terakhir arwah pergi buat selamanya. Sepastinya kematian sebegini turut dicemburui oleh kita semua.

Kematian yang dicemburui

Innalillahi wainna ilaihi rajiunn. Allah maha kuasa Makhluk tiada Kuasa. Seorang sahabat yang pastiku rindui pemergiannya. Beliau ialah abang Mad Zaidi Bin Loso, 44 tahun, seorang ahbab, amla’, karkun dakwah. Berasal dari Kota Tinggi Johor, pernah menetap buat usaha agama di Mentakab Pahang dan berpindah ke Klang, Selangor untuk berkhidmat di madrasah, beliau banyak memberi serta mengorbankan diri harta dan masa untuk kerja agama. Senang cerita dakwah dijadikan kerja rutin hariannya. Sunnah Nabi SAW sentiasa kelihatan dibadannya. Sesiapa yang melihat beliau, akan ingat akhirat, berbual-bual dan sembang dengan beliau InshaAllah iman naik. Kita jadi ingat mati selalu, mantapkan.

Kronologi kematian yang dicemburui oleh orang awam dan karkun tempatan. Pada hari Sabtu 14 September, satu jemaah dari Halqah Rantau Panjang Klang telah dibentuk untuk khuruj 3 hari di Bukit Kapar. Dan arwah abang Zaidi diputus menjadi amir sab/ketua jemaah untuk membawa jemaah keluar 3 hari belajar mengislah diri. Antara amalan kegemaran arwah ialah khidmat untuk jemaah (khidmat taam/masak). Pada hari itu beliau mengambil bahagian khidmat hari pertama dan juga pada hari ketiga.
Arwah orang yang paling senang bergaul dengan semua orang, muamalat sesama manusia pun cantik, tak cakap benda merapu.

Mula hairan beliau masih tidak bangun

Ringkas cerita, pada hari ketiga 16 September ketika jemaah sudah tangguh untuk pulang ke rumah masing-masing dan telah pun diberikan bayan wapsi/tangguh. Beliau dengan beberapa orang lagi rakan tidak pulang ke rumah kerana kebiasaannya beliau akan mencukupkan 72 jam untuk 3 hari. Ada yang bergurau, esok tak kerja ke? Jawab beliau inilah kerja saya (dakwah). Maka, beliau pun sambung beriktikaf di masjid. Selalunya beliau akan balik keesokannya lepas solat sunnat dhuha. Cuma pada keesokan harinya 17 September sebelum Subuh apabila salah seorang dari rakan beliau yang beriktikaf bersama iaitu Cikgu Hanif mengejutkan arwah dari tidur, Cikgu Hanif dah mula hairan beliau masih tidak bangun. Sedangkan beliau biasanya antara orang terawal bangun untuk menghidupkan 2/3 malam dengan bertahjud, membaca Quran, dan berzikir.

Selepas solat Subuh, Cikgu Hanif dan jemaah surau menelefon ambulan dan pegawai perubatan telah mengesahkan bahawa beliau telah meninggal! Innalillahi wainna ilaihi rajiunn.

Menguruskan jenazah pula Allah bagi mudah

Antara sebab kami kagum dan cemburu kerana, meninggal dunia baru balik dari khuruj, dalam masjid, sedang beriktikaf, tidur dengan cara sunnah, disisinya ada kayu sugi yang diletakkan di dalam lota (sejenis teko untuk ambil wuduk) sebekas dadih buah kurma. Kain yang dipakai untuk tidur diikat tengahnya. Alhamdulillah, polis pun Allah lembutkan hatinya (asbab abang Muaz) untuk keluarkan permit kubur. Kalau tak posmoterm, kita yakin, ini ada amalan beliau yang Allah suka, ketika menguruskan jenazahnya pula Allah bagi mudah, lepas itu hujan turun dengan lebatnya. Sementara menunggu anak kedua beliau tiba, seorang hafidz quran yang melanjutkan pelajaran ‘alim di yala, Thailand. Iaitu uqashah.

Ramai dari kalangan sahabat, kenalan, rakan, anak tahfidz dari muqwa yang turut hadir untuk menyembahyangkannya sehingga 5 kali saya kira, mula-mula lepas selesai dikafankan, kemudian lepas solat fardhu Zohor dua kali, selepas Asar dua kali…Ma sha Allah ramai solatkan arwah.

Rajin berpuasa, melibatkan diri dengan kerja dakwah

Bila anak arwah tiba, barulah dikebumikan. Suasana dikubur begitu sebak, ustaz yang memberikan peringatan talqin tanpa teks menyentuh hati setiap pendengar dengan menceritakan amalan kebaikan arwah antaranya menjaga solat fardhu secara berjemaah, rajin berpuasa dan melibatkan diri dengan kerja-kerja dakwah dan banyak lagi tak mampu ku tulis, jika diingat, memang abang Zaidi seorang yang sangat cool. Orang tenang mengharungi ujian sebagai seorang pencinta Sunnah Nabi saw dan pendakwah tegar. Tiap bulan 3 hari, 40hari/4bulan setiap tahun sama ada dalam negeri, atau luar negeri. Ma sha Allah, rumahnya memang sentiasa terbuka untuk jemaah masturat walaupun pada 1 syawal.

Arwah abang Zaidi meninggalkan dunia yang fana’ ini seorang ahlia/isteri, 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. 19 tahun hafidzah quran. 17 tahun Alhafidz kearah ‘alim. 12 tahun taksilap sedang belajar dimadrasah. 2 tahun si kecil Zainab.

Moga Allah sayangkan kita sentiasa, dan pilih kita, seluruh zuriat keluarga kita dan ummat Nabi saw dalam kerja-kerja agama Islam yang mulia ini. Kutitipkan doa kepadamu wahai abang Mad Zaidi Bin Loso. Ya Allah, ampuni untuknya, rahmatinya, maafkannya. Tempatkan beliau ditaman-taman syurga.

Sumber: Mohd Azwan

SKIP THIS AD ×