Bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, yang meninggal dunia disebabkan kecederaan parah akibat ditetak sebenarnya merupakan sepupu kepada penyanyi Aweera.
Artikel Berkaitan: Netizen Panas Hati Aweera Dapat Tempat Keenam Dalam GV8, Tok Ram Kata Salah Pilih Lagu
Artikel Berkaitan: Penyanyi Reedzwann Terlibat Dalam Kemalangan, Rakan Maut Di Tempat Kejadian
‘Darah daging aku’
Menerusi hantaran di Instagram, Aweera atau nama Nasharul Aweera Norhissham, 33, berkata, dia berasa terkejut apabila mengetahui berita tersebut dan berdoa semoga ada keadilan buat arwah.
Hangpa (pembunuh) tetak darah daging aku wei! Semoga ada keadilan untuk abang Ijar @ Elly (panggilan arwah).
Semoga pelaku mendapat hukuman yang setimpal! Takbir, Allahuakbar!.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Story pula, Aweera bagaimanapun reda dengan pemergian sepupunya biarpun masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Aku macam tak percaya, tergamak hangpa buat macam tu. Aku reda, aku terkejut.
Tapi apa pun si pelaku, hangpa merangkak lah di Mahsyar.
Terdahulu, polis mengesahkan kematian Elly Idzlianizar Elias disebabkan kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam selepas terbabit dengan pergaduhan di Kangar, Perlis dalam kejadian jam 9 hingga 10 malam Selasa lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai pergi ke rumah seorang lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gonchar Jaya, Jalan Dato Ali, Kangar dalam keadaan marah sebelum pergaduhan tercetus.
Sumber: Instagram