
Allahyarham ibu kepada pelakon Elfira Loy iaitu Filzah Yusoff, menerima penghargaan sebagai Tokoh Aktivis daripada sebuah masjid atas jasa dan sumbangannya kepada masjid serta masyarakat.
Artikel Berkaitan: Ibu Elfira Loy Meninggal Dunia
Tokoh aktivis masjid

Menerusi hantaran di Threads, Elfira memaklumkan anugerah berkenaan diberikan sebagai tanda penghargaan terhadap segala usaha yang dilakukan arwah sepanjang hayatnya.
Namun, anugerah tersebut tidak sempat diterima sendiri oleh Filzah kerana dia telah menghembuskan nafas terakhir pada Ahad lalu.
Mama lihat, mama hebat sangat. Rupanya memang mama adalah tokoh aktivis Masjid Al Mukhlisin tahun ni.
Powernya mama saya ni, tapi tulah, mama tak sempat ambil. Sampai mama pergi pun mama nak jugak kakak take credit usaha yang mama buat.
Dalam hantaran sama, Elfira berkata dia dan keluarga akan berusaha meneruskan kebaikan yang dilakukan oleh arwah ibunya.
Berat apa yang mama tinggalkan pada kami ni. Tapi kita akan usaha buat apa yang mama suka buat. Tapi tulah , mana ada orang boleh ganti air tangan mama.
Pemergian Filzah sebelum ini dimaklumkan oleh Elfira menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad.
Terdahulu, pada 6 Ogos lalu, Elfira pernah memaklumkan ibunya dijadualkan menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi, namun tidak berkongsi secara terperinci mengenai keadaan kesihatannya.
Sumber: Threads








