berita

‘Arwah Mak Pesakit Kanser Kolon Tahap 4, Meninggal Dunia Lepas Dua Hari Jalani Ujian Swab Covid-19’

May 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, kes Covid-19 di Malaysia menunjukkan jumlah peningkatan iaitu sebanyak 6075 kes semalam. Susulan daripada itu, rata-rata netizen dipercayai panik dan mulai risau mengenai situasi semasa.

Bagi memberikan kesedaran buat semua masyarakat di Malaysia, pendakwah bebas, Ustaz Ad-Dien bertanya kepada pesakit yang pernah dijangkiti wabak Covid-19 mengenai pengalaman dan kesan yang mereka hadapi selepas dijangkiti wabak tersebut.

Pengalaman pesakit Covid-19

Satu keluarga kena. Saya demam, batuk dan hilang deria rasa. Arwah mak saya pesakit cancer colon stage 4 meninggal sebab komplikasi covid. Dia sesak nafas, cirit birit, demam dan batuk. Masuk emergency room doktor kata paru-paru tak okay. Meninggal dua hari lepas test positif.

Saya kena covid masa 35 weeks mengandung. Kena from my husband. Dia hanya pergi pejabat dan beli barang rumah sahaja. Pakai pelitup muka sentiasa dan balik terus mandi. Masih kena juga. Sampai sekarang hidung tersumbat setiap pagi dan tenaga semakin lemah.

2 minggu sebelum disahkan positif memang ada demam, tonsil bengkak dan sembuh seminggu selepas tu. Waktu disahkan tu deria rasa dan bau still okay. Waktu kena, dada rasa susah bernafas, kerap batuk dan atas pinggul sakit. Sekarang semua dah okay kecuali sakit pinggul.

Menurut netizen, kebanyakan dari mereka mempunyai simptom sesak nafas, cirit birit, demam, batuk dan lemah. Jelas seorang gadis yang dikenali sebagai Akma, mereka sekeluarga mengalami simptom tersebut selepas dijangkiti wabak Covid-19. Lebih menyedihkan, mereka turut kehilangan orang yang paling mereka sayangi iaitu ibu.

Oksigen dalam badan tak cukup

Keputusan saya negatif. Tapi bapa saya punya keputusan positif. Kesan sampingan dia sampai sekarang kena jumpa doktor sebab bekalan oksigen dalam badan tak cukup. Malah, ada darah beku di bahagian paru-paru selepas terkenan jangkitan Covid-19.

Waktu pertama kena tak ada simptom. Apabila kali kedua terkena jangkitan Covid baru saya rasa ada simptom seperti demam, selsema, sakit tekak dan sakit kepala.

Saya ada masalah asma. Pergi swab sebab rakan sekerja positif. Masa swab tu tak ada simptom, keluar result positif. Lepas tu kena tahan dekat pusat kuarantin. Masa dekat sana tu ada start batuk sikit. Tapi Alhamdulillah dalam 3 hari, okay balik.

Di samping itu, ada juga dalam kalangan netizen yang memberitahu bahawa mereka tidak mengalami sebarang simptom. Lebih terkejut, kesemua simpton tersebut dapat dirasai ketika mereka terkena jangkitan Covid-19 sekali lagi.

Menerusi perkongsian tersebut juga, rata-rata pesakit yang pernah positif Covid-19 memaklumkan bahawa semua individu perlu tenang dan jangan panik semasa menerima khabar bahawa diri mereka positif. Di samping itu, mereka perlu segera melaporkan kepada pejabat kesihatan mengenai status kesihatan diri mereka dan menunggu proses kuarantin daripada pihak KKM.

Sumber: Ad-Dien

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×