berita

As Above So Below Seram Melampau, Tapi Tak Masuk Akal

September 4th, 2014 | by Ai
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2014-09-04 at 2.56.24 PM

Pejam celik pejam celik dah hari Khamis. Hujung minggu ni, korang buat apa? Mesti tertanya-tanya filem apa yang terbaru di pawagam kan?

Haa, ni saya nak habaq mai satu filem yang bakal membuatkan saraf otak korang berhubung antara satu sama lain. Haha. gurau jela.

Kalau korang nak tahu, hari ini filem psycho-thriller terbaru arahan John Erick Dowdle berjudul ‘As Above So Below’ (AASB) dah pun berada dipawagam tau!

Artikel Berkaitan : Thursday Trailer : ‘As Above So Below’, Seram Macam Haram

Screen Shot 2014-09-04 at 2.57.19 PM

Saya dah tengok preview filem ni tau. Memang seram habis. Mana taknya, perjalanan sekumpulan pelajar dalam menyelesaikan misteri kubu bawah tanah di tengah-tengah kota Paris ini betul-betul meguji kesabaran!

Secara ringkasnya, cerita ini mengisahkan sekumpulan pelajar merasai dan menerokai sendiri rahsia disebalik catacombs yang tersimpan 1001 misteri mengenai roh dan kematian.

Dalam perjalanan menyusuri catacombs tersebut, pelbagai perkara misteri berlaku hingga mengundang kematian beberapa orang sahabatnya.

Mampukah mereka merungkai misteri tersebut? Roh-roh siapa yang menggangu perjalanan mereka? Dan mampukah mereka keluar dari kekalutan ini?

Namun, ada sesuatu yang membuatkan saya tak puas hati. Sebenarnya, banyak persoalan yang timbul sewaktu saya menonton filem ini.

Mana taknya, antara babak yang saya rasa weird sikit apabila mereka terpaksa memikirkan kesalahan lampau yang tak mampu dilupakan untuk keluar dari catacombs ini.

Apa kena mengena dengan roh-roh yang terkubur didalam catacombs itupun saya tak tahu. Hahaha. Lagi satu, misteri ini seakan-akan tak terjawab sebenarnya. Entahlah, mungkin pengarah nak buat AASB 2 kot.

Screen Shot 2014-09-04 at 2.56.47 PM

Haa, dah baca review kan, kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah tonton sendiri. Betul tak? Apa yang saya boleh cakap, filem lakonan Ben Feldman, Perdita Weeks dan Edwin Hodge tidaklah mengecewakan.

Bagi korang yang minat cerita seram, filem As Above So Below ini memang akan buat anda tak boleh tidur malam. Haha, saya pun jadi paranoid masa nak tidur malam tadi.

Apapun, jom tengok trailer dulu. Dapatkan feel gitew. Selamat menonton! Eh eh, sebelum itu, saya nak bagi 3 bintang untuk filem ni. Okay!

SKIP THIS AD ×