berita

AS Komited Untuk Kenakan Kadar Pos Baru, Bakal Beri Impak Kepada Perkhidmatan Pos Sedunia

October 17th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Ada di antara korang yang berniaga dan menghantar barang jualan ke luar negara seperti Amerika Syarikat (AS)? Ataupun, pernah menghantar barang untuk rakan atau ahli keluarga yang bekerja atau belajar di sana? Berapa caj yang dikenakan untuk perkhidmatan pos setakat ini?

Mahal kan? Percaya tak sekiranya admin kata caj perkhidmatan pos itu bakal dinaikkan dan menjadi lagi mahal? Ya, betul. Ini semua gara-gara AS mahu menetapkan sendiri kadar “Terminal Dues” mereka selepas Kongres Kesatuan Pos Sedunia (UPU) di Geneva pada 24-26 September lalu.

Kos penghantaran naik 210%

Untuk pengetahuan korang, Kongres UPU diadakan untuk mencapai kata sepakat bersama AS supaya kuasa dunia itu tidak keluar daripada UPU. Selepas berbincang, kadar pos alternatif telah dipersetujui supaya AS dapat terus kekal sebagai ahli UPU. Tapi dengan satu syarat, AS dibenarkan untuk menetapkan sendiri kadar “Terminal Dues” mereka.

Menurut sumber, AS akan terus menaikkan Kadar Bayaran Terminal mereka mulai Julai 2020. Justeru, Malaysia akan menyaksikan kenaikan kos penghantaran ke AS kepada lebih 210%. Wow, banyak tu!

Bukan saja Malaysia, tapi negara-negara lain juga bakal membuat perubahan kadar secara berperingkat bermula tahun hadapan. Sekurang-kurangnya, sebanyak 30% kenaikan jumlah kos penghantaran bakal dilihat bermula Januari 2020 dan ia akan dikemaskini sekali lagi pada tahun 2021.

Jangan terkejut sekiranya korang bakal melihat kenaikan kira-kira 50% kepada jumlah kos penghantaran bungkusan ke mana-mana 192 ahli negara UPU.

Pos Malaysia jadi entiti penting

Selain isu perdagangan antara AS dan China, perkara ini juga disebabkan kenaikan kos penghantaran secara global. Ini dirasai oleh perkhidmatan pos dunia yang lain seperti kos bahan api, kos penyelengaraan, gaji dan lain-lain. Belum campur alamat yang makin bertambah setiap tahun!

Di Malaysia saja, penambahan 28% alamat secara purata disaksikan setiap tahun – dengan jumlah 9.2 juta alamat yang perlu diberikan perkhidmatan pada ketika ini. Banyaknya! Ini juga akan memberi impak kepada kadar pos domestik!

Justeru, Pos Malaysia terus menjadi entiti yang penting dalam menyediakan perkhidmatan hantaran untuk semua kerana ia mempunyai capaian terluas, terutama sekali ke kawasan-kawasan pendalaman yang memerlukan bekalan ubat-ubatan secara konsisten atau dokumen penting yang tidak terjangkau oleh perkhidmatan kiriman yang lain.

Mesti korang pernah beli barang online dan alamat rumah korang berada di luar liputan, khidmat kiriman tu mesti akan sampaikan kiriman guna Pos Malaysia kan? Sebab, Pos Malaysia ada capaian terluas setakat ini!

Jika dilihat, mungkin ini adalah permulaan baru bagi Pos Malaysia untuk menilai semula operasi mereka dalam dunia serba digital.

Terutama sekali dalam mengimbangkan tanggungjawab mereka kepada rakyat Malaysia sebagai perkhidmatan pos negara dengan lebih efisien dan pada masa yang sama lebih berdaya saing. Sebenarnya ia adalah cabaran yang agak besar, tetapi tidak mustahil untuk Pos Malaysia.

*Peratusan yang dinyatakan adalah anggaran semata-mata.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×