berita

Asam Pedas Muar Terbaik Di Danau Kota!

May 12th, 2014 | by Ai
MyResipi

SHOOTING RESEPI-10

Menetap di tengah kota besar seperti Kuala Lumpur, pasti pening kepala apabila memikirkan restoran mana yang menyediakan makanan yang sememangnya sedap bukan?

Maklum sajalah, bukan senang nak cari restoran yang menepati citarasa semua. Kadang-kadang tekak ini ingin juga merasa masakan kampung terutama asam pedas. Dek kerana menu inilah penulis selalu saja rindukan masakan ibu dikampung.

Namun, baru-baru ini, penulis berkesempatan menikmati asam pedas yang boleh dikatakan terbaiklah setakat ini kalau di sekitar kawasan Danau Kota.

SHOOTING RESEPI-32

Apa yang buat penulis rasa asam pedas ini terbaik? Dah tentulah rasanya yang cukup masam dan pedas, malah penulis dan rakan-rakan turut menghirup kuahnya walaupun ikannya telah habis dimakan.

Kalau nak tahu, asam pedas di restoran ini dihidangkan bersama set nasi panas, ulam-ulaman, ikan masin sambal belacan dan air sirap. Hah! Lengkap gitu.

Kebiasaannya, asam pedas yang ada ditempat lain hanya fokus kepada ikan pari dan tenggiri kan? Tetapi di Asam Pedas Muar, bukan dua jenis ikan, malah terdapat lebih 10 pilihan buat anda.

Antaranya, ikan merah, ikan parang, ikan sembilang, ikan mayong dan juga daging tetel. Semuanya memang terbaiklah!

SHOOTING RESEPI-19

Asam pedas kepala ikan sembilang. Memang power!

SHOOTING RESEPI-27

Asam pedas daging tetel pun ada. Mesti cuba!

Tetapi, kalau anda bukan penggemar asam pedas, anda boleh mencuba beberapa menu lain seperti ayam goreng kunyit dan masakan lain yang pastinya dapat menambat selera.

Kalau tak nak makan nasi pun tak apa, restoran ini turut terkenal dengan mee bandung Muar. Bagaimanapun, bagi penulis, rasa  mee bandung yang disediakan biasa-biasa sahaja kerana penulis sendiri pernah merasai mee bandung yang lebih enak daripada ini.

Tetapi, tak salah untuk mencuba. Manalah tahu kena pada tekak anda. Maklum sajalah, citarasa manusia lain-lain. Mungkin menu ini dapat mengimbau kenangan anda sekeluarga sewaktu bercuti ke Johor, siapa tahu kan?

Namun, yang harus dipuji adalah udangnya yang segar dan besar. Cukup istimewa dan puas hati bila makan.

SHOOTING RESEPI-18

Mee Bandung Muar

SHOOTING RESEPI-28

Wah! Lempeng pun ada. Dimakan dengan sambal atau gula.

Kepada anda yang teringin untuk menikmati hidangan di Restoran Asam Pedas Muar ini, ia terletak bersebelahan Mydin PV12 Danau Kota dan dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi  hingga 10 malam.

Jadi, apa tunggu lagi, jom ramai-ramai serbu restoran ini. Tetapi jangan lupa, bawalah ahli keluarga, kawan-kawan atau orang tersayang untuk menikmati hari anda bersama. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi mereka disini.

SKIP THIS AD ×