

Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan. Mengimbas sejarah penubuhan ASB, ia sebenarnya ditubuhkan bagi menggantikan skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 1981.
Pada tahun lalu, ASB mencatatkan pendapatan 5.0 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit. Manakala pada 2018, pendapatan ASB dicatatkan 6.5 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.
4.25 seunit

Terbaru Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran pengagihan 4.25 sen seunit dan ehsan 0.50 sen seunit, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Dr Zeti Aziz, berkata walaupun berdepan persekitaran mencabar, ASB berjaya memberikan agihan pendapatan sebanyak RM7.6 bilion bagi tahun kewangan 2020.
Beliau berkata, pandemik melanda dunia telah memberi kesan kepada ekonomi dunia, sekali gus menjadikan persekitaran pasaran lebih mencabar pada 2020.
Video penuh
Sumber : Permodalan Nasional Berhad Rasmi






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)