berita

Ashira Aziz Syukur Dapat Kenal Bad Indigo – ‘Saya Pernah Sayang Dia, Itu Kenangan Paling Manis’

October 28th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Ashira Aziz Bad Indigo

Penyanyi Ashira Aziz menyifatkan pengalaman selama setahun mendirikan rumah tangga bersama bekas suami iaitu Allahyarham Bad Indigo sebagai satu kenangan paling manis dalam hidupnya.

Artikel Berkaitan: Liza Hanim Dedah Bad Indigo Enggan Usik Duit KWSP Buat Rawatan Jantung – ‘Dia Nak Simpan Untuk Anak’

Artikel Berkaitan: Shah Indigo Tahu Arwah Bad Sakit Jantung Sejak 2015 – ‘4 Kali Dia Jatuh Depan Saya, Tapi Simpan Cerita Itu’

‘Saya pernah sayang dia’

Ashira Aziz Bad Indigo

Ashira ketika ditemui OhBulan! berkata, dia bersyukur dapat mengenali arwah dengan lebih dekat apabila sebelum ini dirinya amat meminati kumpulan Indigo.

Tiada banyak kenangan sepanjang kami hidup bersama, sebab hubungan kami sangat singkat, tapi mengenali dia dalam hidup saya itu adalah kenangan yang paling saya tidak dapat lupakan.

Saya bersyukur dapat kenal dia, saya pernah sayang dia, dari dulu minat dia sebagai seorang ahli kumpulan Indigo, kemdudian dapat kenal lebih dekat bila kahwin. Memang bersyukur.

Ashira berkata berkata demikian ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, pada Jumaat.

Dalam pada itu, pelantun lagu Di Ombak Resah itu berkata, sepanjang melayari bahtera rumah tangga dengan Bad, arwah tidak pernah mengadu sakit dada.

Saya memang terkejut dan tak sangka dia akan pergi meninggalkan kita semua. Sepanjang saya hidup dengan dia, dia nampak sihat sahaja. Tiada cakap fasal sakit dada.

Malah masa dapat berita dia dah tiada saya terduduk sekejap lima minit, kemudian baru tersentak sedar.

Sementara itu, ketika ditanya bilakah kali terakhir berhubung, Ashira menjawab pada Februari lalu melalui aplikasi Whatsapp.

Selepas kami berpisah, saya dan dia jarang berhubung sangat. Bila saya semak balik mesej kami bersama, perkara terakhir yang diborakkan saya tanya dia dah daftar perceraian ke belum, waktu itu bulan Februari.

Pada Khamis lalu, industri seni dikejutkan dengan berita pemergian Bad Indigo yang dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kerjayanya di Ampang akibat sakit jantung, kira-kira jam 7 malam.

Sekadar info, Ashira dan Bad pernah mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 dan mengambil keputusan untuk bercerai pada Jun 2022.

SKIP THIS AD ×