Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ashraf Anuar berkongsi pandangan berhubung trend penghasilan kandungan bersedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizan Razak Infaq ‘Payment’ Kepada Persatuan Kebajikan Di Terengganu – ‘Saya Buat Kerana Allah’

Artikel Berkaitan: Sanggup Belanja Sehingga RM10k, Lelaki Transform Bapa Jadi Hypebeast.. Stylo Habis!

Konten sedekah

Menerusi hantaran di Threads, Ashraf tidak menafikan wujud segelintir pihak yang memandang negatif dan menganggap sedekah yang dikongsikan di media sosial sekadar untuk meraih perhatian serta tontonan.

Namun jelasnya, selagi perbuatan tersebut membawa manfaat kepada individu yang memerlukan, tidak wajar dipandang serong.

Bulan Ramadan ini, ramai yang menghasilkan kandungan berkaitan sedekah dan perkara itu memang tidak dapat dielakkan. Sama ada Melayu, Cina atau kaum lain, masing-masing kongsi cara tersendiri untuk berbuat kebaikan.

Ada yang beranggapan sedekah itu dibuat semata-mata untuk ‘content’. Tapi bagi saya, selagi perbuatan itu membawa kebaikan dan ada insan yang mendapat manfaat, kita sepatutnya sokong, bukan membenci.

Tambah Ashraf, sifat ikhlas dalam melakukan kebaikan bukan sesuatu yang hadir secara semula jadi, sebaliknya perlu dipupuk.

Sifat ikhlas itu sendiri perlu dipupuk dan bukan sesuatu yang datang dengan sendirinya. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Sumber: Threads