berita

Ashraf Nafi Punca Isteri Kedua Putus Tunang

July 22nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Ashraf-Muslim

Belum pun reda kisah Ashraf Muslim bernikah kali kedua di Thailand, timbul pula dakwaan yang mengatakan Ashraf adalah punca isteri keduanya, Wan Sakinah putus tunang dengan seorang lelaki tak lama dahulu.

Artikel berkaitan:

Bagaimanapun, melalui laporan Kosmo! Online, Ashraf menafikan perkara itu dan mengganggap lelaki itu adalah pembohong.

Pembohong lelaki itu! Mereka putus tunang tiada kena mengena dengan saya! Itu cerita lama mereka dan tak ada kena mengena dengan saya. Saya sedih apabila perkara sebegini timbul.

Melalui laporan yang sama, Ashraf turut melahirkan rasa kesal kerana ramai pihak mahu campur tangan dan mengambil kesempatan dalam urusan rumahtangganya.

Apa yang boleh saya katakan di sini, saya sudah pun berkahwin, jadi tak perlulah ungkit cerita lama seperti ini. Jangan juga cari jalan atau ambil kesempatan untuk jatuhkan maruah kami semua. Apabila terlalu ramai yang cuba ambil bahagian dalam hal rumahtangga saya, saya jadi sedih.

Dalam pada itu, Ashraf memohon supaya masyarakat menghormati keputusannya untuk menyelesaikan masalah ini sendiri sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab.

SKIP THIS AD ×