
Bila bercakap tentang kasut larian, kebiasaannya pilihan hanya jatuh kepada dua kategori sahaja sama ada kasut latihan harian yang selesa atau kasut perlumbaan yang agresif dan keras demi kelajuan maksimum.
Tapi kali ini, ASICS tampil dengan sesuatu yang berada di tengah-tengah.
Melalui ASICS MAGIC SPEED 5, jenama sukan terkenal ini membuktikan anda boleh berlari laju tanpa perlu rasa seperti sedang berlumba setiap kali turun training. Best kan?
Laju, responsif dan tak ‘menyesakkan’ kaki

Sejak awal diperkenalkan, siri MAGIC SPEED sememangnya dikenali sebagai kasut ‘hybrid’ yang cukup laju untuk latihan tempo namun masih selesa untuk dipakai berkali-kali.
Memasuki generasi kelima, identiti MAGIC SPEED kini diperkemaskan sepenuhnya.
Untuk pengetahun, ASICS MAGIC SPEED 5 direka khas untuk tempo run, interval dan latihan fokus kelajuan.
MAGIC SPEED 5 tampil lebih ringan, lebih responsif dan lebih stabil.
Sesuai sangat untuk pelari yang mahu mengejar pace yang lebih baik.
Berikut merupakan beberapa sebab ASICS MAGIC SPEED 5 mungkin bakal menjadi kasut running terbaru korang.
1. Lebih ringan, lebih mudah untuk kekalkan pace

Jika dibandingkan dengan versi sebelum ini, ASICS berjaya mengurangkan berat sehingga 49 gram pada MAGIC SPEED 5.
Walaupun nampak kecil atas kertas, perbezaannya sangat ketara bila pace makin laju dan badan mula letih terutamanya dalam sesi tempo yang panjang.
Hasilnya, kasut ini sedia bantu pelari kekal efisien sehingga selesai sesi larian.
2. Laju tanpa menyakitkan kaki

Tak semua kasut laju selesa dipakai lama. Ada yang terlalu keras dan agresif. MAGIC SPEED 5 pula lain ceritanya.
Model ini dilengkapkan dengan FF LEAP pada bahagian midsole yang memberi rasa lantunan responsif dan bertenaga sekaligus buatkan kaki korang tidak mudah letih. Serius menarik!
Sesuai untuk pelari yang kerap buat latihan pada pace perlumbaan, bukan sekadar pecut pendek.
3. Carbon plate yang ‘ikut bentuk kaki’

Lebih cool, ASICS MAGIC SPEED 5 turut didatangkan dengan carbon plate beserta rekaan yang mesra stride.
Dalam erti kata lain, carbon plate ini membantu tolakan ke hadapan dan peralihan ke toe-off dengan lebih semula jadi.
Buat korang yang mahu merasai kasut running seakan pelari profesional serta mementingkan keselesaan, ASICS MAGIC SPEED 5 adalah jawapannya.
4. Fit kemas dan kaki kekal selesa

Pernah tak korang rasa kaki korang rasa berpeluh sewaktu berlari khususnya sewaktu long distance?
Menerusi ASICS MAGIC SPEED 5, bahagian atas kasut ini dilengkapkan dengan material mesh yang breathable membuatkan kaki kekal sejuk dan selesa, walaupun sesi latihan panjang.
Gabungan fit yang kemas dan responsif buat setiap langkah rasa lebih yakin.
Pelancaran Rasmi Di Malaysia Dengan Acara Paling ‘Lit’

Bersempena pelancaran MAGIC SPEED 5 di Malaysia, ASICS menganjurkan ASICS MAGIC SPEED Relay di Aylezo Speedway yang berlangsung di Shah Alam.
Acara larian waktu malam ini diinspirasikan oleh Ekiden, budaya larian relay dari Jepun serta berlangsung di atas trek go-kart dengan laluan LED, muzik live dan format berpasukan.
Ia bukan sekadar acara pelancaran kasut namun juga sebuah pengalaman yang meraikan kelajuan, kebersamaan dan semangat komuniti larian tempatan.
Buat korang yang dah tak sabar untuk dapatkan ASICS Magic Speed 5, model terbaru ini dijangka bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya!
Jadi yang terpantas untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelancaran ASICS MAGIC SPEED 5 dengan layari laman rasmi ASICS dan juga Instagram ASICS.






