berita

ASIH Bakal Menghantui Panggung Wayang Setelah Danur & Danur 2!

December 5th, 2018 | by Intan Mahsuri
Filem Antarabangsa

Korang minat cerita seram? Ha! Kali ni admin nak share dengan korang filem seram Indonesia, ASIH. Bakal ditayangkan 6 Disember ni, filem yang diadaptasi daripada buku kisah seram hasil tulisan Risa Saraswati dikatakan berbeza dan ada unsur kengerian yang tersendiri. Confirm korang tak senang duduk bila tengok filem ni!

Catat kutipan pecah panggung! Antara filem terlaris 2018!

Sebanyak 1.7 juta penonton direkodkan telah menonton filem ini. Untuk pengetahuan korang, filem ASIH merupakan prekual bagi dua filem MD Pictures sebelum ini. Iaitu filem generasi DANUR dan GHOST DANUR 2: MADAH.

Haa..korang yang tak tonton lagi dua filem sebelum ni boleh je nak tengok filem ASIH. Admin akan story sikit apa kaitan filem-filem ni dan kenapa korang kena tonton filem ASIH.

ASIH sebelum DANUR!

ASIH berperanan sebagai hantu yang tidak suka melihat kehadiran Risa Saraswati. Tapi persolannya siapa ASIH? Dan melalui filem ni akan terjawab la tentang asal usul ASIH sebagai hantu yang berkarakter dahsyat dan penuh dendam!

Siapakah ASIH!

ASIH, seorang wanita yang telah mengakhiri kehidupannya secara tragis kerana terlalu banyak kejadian malang yang menimpa kehidupannya. Ditinggalkan lelaki yang mengandungkannya, hidup ASIH lebih malang bila dihalang dari rumah ibu bapanya.

Keluarga ASIH malu dan tak mahu terima anak yang dilahirkan ASIH. Sering diejek orang kampung tanpa ada yang mengasihaninya ASIH menjadi gila lalu membunuh anaknya yang baru dilahirkan sebelum dia membunuh diri.

Apa yang ASIH nak daripada anak Puspita?

Cerita seramnya bermula apabila Puspita (Citra Kirana) mengandung. Tinggal tak jauh dari tempat ASIH meninggal. Puspita alami pelbagai kejadian aneh. Kehidupan Puspita bersama suami (Darius Sinathrya) dan ibu mertuanya menjadi huru-hara dan tak aman.

Roh ASIH muncul nakkan sesuatu daripada bayinya. Apa yang dia nak sebenarnya? Semuanya akan terjawab dengan kelahiran bayi tersebut.

Tonton ASIH bermula 6 Disember ni!

Kalau korang nak tahu kesudahan filem ini, pastikan korang tonton filem ASIH di pawagam yang berdekatan dengan korang.

Tarikh Tayangan: 6 Disember 2018

Genre: Seram

Asal: Indonesia

Pelakon: Shareefa Daanish, Citra Kirana, Darius Sinathrya

Pengarah: Awi Suryadi

Durasi: 78 minit

Klasifikasi: 18 tahun ke atas

SKIP THIS AD ×