berita

ASK 2012: Shaheizy Sam & Maya Karin Gondol Anugerah Pelakon Terbaik Filem!

November 9th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Tahniah buat kedua pelakon yang telah menggondol Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem dan juga Pelakon Wanita Terbaik Filem, Maya Karin (Ombak Rindu) dan juga Shaheizy Sam (Songlap).

Kemenangan Shaheizy Sam ini bermakna dia telah mengalahkan 4 lagi pelakon lelaki lain iaitu Aaron Aziz,  Faizal Hussein, Beto Kusyairy dan juga Que Haidar. Sam dalam kenyataannya berterima kasih pada semua krew yang terlibat dalam filem Songlap.

“Sam bagi kredit besar kepada kedua penerbit besar dan juga semua yang terlibat,” ujar Sam.

Sam turut mengagumi Faizal Hussein dan mengaku bahawa pelakon itu adalah seorang yang hebat. Tapi Sam bersyukur kerana rezeki berpihak padanya.

“Saya kagum dengan Faizal Hussein dan menontonnya ketika kecil. Tapi itulah, rezeki berpihak pada saya.”

Maya Karin pula telah berjaya mengalahkan 4 pesaing lain termasuklah Nabila Huda, Sara Ali dan juga Intan Ladyana. Untuk pengetahuan, anugerah yang sama pada Anugerah Skrin 2011 telah dimenangi oleh Remy Ishak dan juga Eja.

Kredit Gambar : Cipot Redz