Sekadar gambar hiasan
Sebelum ini, media melaporkan seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari 10 Briged hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang pada Ahad (29 Ogos) yang lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa dipercayai lemas dan hilang ketika mengambil bahagian dalam Eksesais Para Predator Siri 1/2021.
Sudah dijumpai
Foto: Harian Metro
Terbaru, menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa dijumpai lemas di Sungai Pahang, pagi tadi. Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak TDM menerusi satu kenyataan.
Jasad beliau ditemui oleh penduduk kampung di kawasan Kampung Serengkam, Maran kira-kira 70 kilometer dari lokasi kejadian (tempat hilang).
TDM merakamkan penghargaan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2 Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung serta mana-mana agensi yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini.
Difahamkan, mangsa hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan pada petang 29 Ogos yang lalu.
Sumber: Harian Metro