Menantu kepada penyanyi dan pelakon Abby Abadi iaitu Ahmad Aslam menganggap hantaran isteri keduanya, Marissa Dania di media sosial hanyalah perkongsian biasa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Marissa Dania Muat Naik Video, Kapsyen Di TikTok Raih Perhatian – ‘Jika Kamu Tidak Diperjuangkan…’

Artikel Berkaitan: ‘Berikan Aku Kesibukan Ya Allah, Agar Tidak Memikirkan Hal Yang Tidak Seharusnya’ – Marissa

‘Kita tak boleh halang tanggapan netizen’

Aslam atau nama lengkapnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 25, turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan konten ‘galau’ yang dimuat naik Marissa mempunyai kaitan dengan rumah tangga mereka.

Sebaliknya, Aslam meminta orang ramai agar berhenti membuat spekulasi tentang hubungannya dengan kedua-dua isteri iaitu Umisya dan Marissa hanya berdasarkan konten di media sosial.

Kita tak boleh halang tanggapan netizen, tapi semuanya juga bergantung kepada diri kita sendiri. Jika boleh elak daripada salah tafsir orang luar.

Aslam berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk baharu Wawa Global Kosmetik New Chapter, baru-baru ini.

Ditanya mengenai hantaran Marissa yang menggunakan lagu latar nyanyian Shabrina Leanor berjudul Pendampingmu, Aslam berkata tindakan itu adalah subjektf dan tidak mempunyai apa-apa maksud tersirat.

Seperti perkongsian dibuat Marissa yang menggunakan latar lagu. Ada pihak salah anggap. Lagu pun ada banyak, lirik juga macam-macam. Ada yang maksudnya kita sendiri susah faham.

Mungkin seseorang guna lagu itu kerana suka, bukan mahu menyampaikan sesuatu mesej tersembunyi. Semua ini sangat subjektif.