Pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu meluahkan rasa syukur di Instagramnya atas kelahiran cahaya mata kedua. Sari Yanti selamat melahirkan cahaya mata kedua iaitu jantina lelaki pada Sabtu lalu.
Cahaya mata kedua
https://www.instagram.com/p/CBHnLKIpSF2/?igshid=hlaixqrgnb8a
Jep menitipkan rasa syukur dan berterima kasih kepadaNya atas kurniaan seorang anak lelaki. Pasangan ini telah dikurniaan seorang anak perempuan yang bernama Dariya Inara. Manakala, nama anak lelaki ini masih belum dikongsi oleh mereka di media sosial.
Assalamualaikum baby boy
https://www.instagram.com/p/CBIbLEmjyfZ/?igshid=hrl9x9yfgxbp
Sari Yanti hanya sempat memuatnaik foto sisi wajah anak lelakinya itu dengan kapsyen syukur ke hadrat Illahi. Katanya, ini bukan sebuah perjalanan yang mudah tapi mereka telah melakukan sebaik mungkin. Dia turut berterima kasih kepada semua sahabat dan pengikut yang sentiasa mendoakan untuk dirinya.
Sumber: Sari Yanti, Jep Sepahtu