berita

‘Assalamualaikum Papa, Aisyah Datang Ni. Aisyah Bawa Banyak Hadiah Nak Tunjuk Papa..’

February 22nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Tak dapat digambarkan betapa peritnya hati kanak-kanak perempuan ini apabila terpaksa menanggung rindu selepas kehilangan bapa tercinta. Bayangkan kanak-kanak lain di usianya mendapat kasih sayang seorang bapa tetapi berbeza pula dengan nasib anak kecil ini.

‘Ya Allah, luluh hati mama’

Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok iaitu Ustazah Nurul memaparkan anak sulungnya, Aisyah sangat teruja untuk menziarahi pusara bapa tercinta sambil membawa beberapa buah piala anugerah kecemerlangan yang diperolehnya. Menurut Ustazah Nurul, Aisyah mahu berkongsi kegembiraan dan kejayaannya bersama arwah.

Ya Allah, anak dapat anugerah bersemangat nak tunjuk dekat arwah papa. Semoga kuat nak. Dah cakap tak elok bawa masuk sini, anak nak juga tunjuk semua anugerah dekat papa dia. Ya Allah, luluh hati mama.

Lebih meruntun hati apabila melihat Aisyah bersemangat menceritakan kepada bapa tercinta tentang kemenangan termasuk hadiah-hadiah yang diperolehinya.

Assalamualaikum papa, Aisyah datang ni. Papa Aisyah nak cakap, papa Aisyah ada banyak hadiah. Ada piala, ada beg, buku, pensel. Papa jangan lupa doakan Aisyah ya jadi pandai, jadi bijak, jadi anak yang solehah. Aisyah sayang papa, Aisyah rindu papa.

Aisyah titip doa buat arwah

Menerusi video lain kelihatan anak kecil ini berkesempatan menitipkan doa buat arwah bapa tercinta. Dalam doa tersebut, Aisyah sempat menyedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah dan berharap agar arwah bapanya ditempatkan di dalam syurga.

Video yang dikongsikan Ustazah Nurul telah mendapat lebih daripada 200k tontonan dan kebanyakan netizen mengakui sebak selepas menonton video tersebut. Malah, mereka juga sempat memberikan kata-kata semangat kepada Ustazah Nurul dan anaknya supaya diberi ketabahan dalam mengharungi kehidupan mendatang. Bukan itu sahaja, mereka juga menyifatkan Ustazah Nurul sebagai seorang wanita yang cekal kerana mampu membesarkan anak dengan penuh kasih sayang meskipun tanpa suami disisi.

Video

Sumber: Ustazah Nurul

SKIP THIS AD ×