berita

Astro Bariskan Selebriti & Pereka Fesyen Terkenal Di Parti Hiburan Terbesar, hLive!

May 12th, 2014 | by Ai
Shout Out!

Screenshot_2014-05-08-16-04-58-1-700x526

Lain daripada yang lain, buat pertama kalinya Astro bakal menganjurkan sebuah Parti Televisyen dan Pelancaran hLive! yang boleh kami katakan, terbesar dan bakal dipenuhi oleh selebriti-selebriti tempatan, pereka fesyen dan ramai lagi individu berpengaruh dalam industri hiburan.

Bakal dianjurkan di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur, parti ini akan membariskan artis-artis popular seperti Aaron Aziz, Nelydia Senrose, Sherry Ibrahim, Hafiz Suip, Scha Al-Yahya, Altimet, Hanis Zalikha, Vanidah Imran, Neelofa, Anuar Zain, Emma Maembong, Zizan Razak dan ramai lagi. Haa, hilang nafas nak sebut satu-satu.

Menariknya, parti yang akan diadakan pada 12 Mei ini mula tersebar apabila selebriti-selebriti terkenal tanahair memuat naik foto kad jemputan mereka ke laman Instagram kerana RSVP harus dilakukan melalui akaun Instagram masing-masing. Unik kan?

10299779_452718391529655_866752327_n

Antara jemputan yang bakal hadir, ini baru artis dengan pangkal nama ‘A’

Bukan setakat parti hiburan biasa, para jemputan juga harus mengikut konsep “Dress Up and Suit Up” dimana para selebriti tempatan bakal hadir dan berjalan di karpet ungu dengan fesyen yang kami pasti, luarbiasa serta bakal memikat mata pengkritik fesyen dan peminat yang hadir.

925844_599404873500185_1630106683_n

Vanida Imran & Rashidi Ishak antara artis popular yang sudah RSVP

Dalam erti kata lain, parti yang menggabungkan elemen radio, televisyen dan majalah ini akan menjadi medan bagi para artis dan pereka fesyen untuk tampil dengan gaya masing-masing kerana pihak Astro akan menampilkan glam-cam 360 serta live review di laman sosial dan laman web rasmi, hLive.

Bagi yang tidak sudah tidak sabar dan ingin mengetahui perkembangan terbaru mengenai Parti hLive, anda boleh ikuti laman Twitter & Instagram rasmi hLive, @officialhlive (#hlive).

Kami sendiri sudah tidak sabar untuk hadir ke parti hiburan terbesar ini. Bayangkan kesemua selebriti-selebriti tanahair ada disana, fuhh!

Foot Note
RSVP HIP
Jangan lupa muat naik RSVP di Instagram dan #hlive untuk akses ke pelancaran hlive 2014 atau bawa kad jemputan bagi tujuan yang sama! Jumpa di sana.

SKIP THIS AD ×