berita

Asyik Dikecam Tak Boleh Berjaya Sebab Jual Produk Orang, Wanita Ini Buktikan Sebaliknya!

February 18th, 2022 | by Nurul
Kini Trending


“Jual produk orang mana boleh pergi jauh! Tak akan boleh”.

Haa..itulah kecaman yang diterima oleh wanita daripada Penampang, Sabah, Diana Delany Avitus atau lebih mesra dikenali sebagai Dyan. Mentang-mentang dia jual produk orang lain, asyik dikecam je. Lainlah kalau jadi founder, barulah senang nak dapat banyak duit. 

Sebenarnya mula-mula Dyan ni pilih untuk berniaga sebagai dropship Sara Anna sebab nak tambah sumber pendapatannya dan tampung kehidupan anak-anak. Sebelum ni beliau pernah juga jadi dropship jual pil kurus, kasut, baju bundle terpakai dan jual contact lens dengan keuntungan hanya RM2 tapi sayangnya semua tak menjadi. 

Bukan mudah tau nak berjaya. Banyak sangat perkara yang beliau dah lalui sebelum sampai di tahap sekarang ni. Nak tahu macam mana Dyan boleh berjaya? Jom kami kongsikan!

“Terpaksa selongkar rumah untuk cari syiling nak beli susu anak”

Beberapa tahun lepas, Dyan menghadapi krisis rumah tangga. Beliau hanya mampu pendam rasa sedih, kecewa, geram kerana tiada siapa yang nak tolong dan dengar luahannya. Hanya anak-anak sahaja yang menjadi penguat dan pendorong untuk teruskan kehidupan.

Macam-macam kerja Dyan lakukan untuk mencari rezeki seperti jual baju prelove anak untuk dapatkan duit. Perkara yang paling tak boleh dilupakan, apabila beliau terpaksa selongkar rumah untuk kumpulkan duit syiling sebab nak beli susu anak. 

Ditambah pula keadaan keluarga sendiri tak cukup makan. Dalam simpanan cuma ada satu cawan beras untuk bagi anak-anak dan diri sendiri makan. Korang dapat bayangkan betapa struggle nya hidup Dyan masa tu.

”Kalau saya tak buat sesuatu waktu tu, anak saya nak makan apa?”

Anak-anaklah penguat semangat Dyan untuk terus kehidupan dan beliau juga nak ubah keadaan supaya anak-anaknya tak merasa kesusahan seperti yang dirasainya apabila dah besar nanti. Dyan juga nak buktikan pada keluarga, yang dia pun boleh berjaya dan balas jasa mak ayah.

Disebabkan keadaan sangat kritikal dengan duit tak ada, bisnes pun tak berapa dapat hasil, Dyan mengambil keputusan untuk belajar pemasaran dengan Najib Asaddok, Roket Pemasaran Momentum (RPM). Puncanya, apabila beliau terinspirasi dengan sales rakannya selepas menyertai kelas RPM. 

Banyak perubahan yang berlaku lepas pergi belajar, sehingga Dyan dah ada team dan office sendiri! Paling membanggakan bila Dyan dapat bina rumah untuk emak atas tanah sendiri dan beli kereta Mercedes untuk kegunaan sendiri. 

Dyan dah buktikan, dengan usaha, segalanya tak mustahil!

Dalam hidup ni, kalau kita rajin dan usaha, semuanya boleh kita capai. Betul tak?

Bukan senang nak senang, tapi kisah Diana Dyan ni membuktikan yang dalam hidup ni, kalau kita tak bertindak untuk berubah, kita tak akan capai apa yang kita nak. Dyan juga dah tunjukkan pada kita macam mana nak ubah keadaan yang paling susah dalam hidup, bertukar jadi lebih senang.

Yang penting, kena pilih guru yang boleh membimbing dan ajar teknik marketing dengan cara betul.

Admin harap, kisah yang admin kongsikan ni boleh jadi motivasi buat korang semua di luar sana dalam mengejar cita-cita korang. Tak kisahlah sama ada dalam bisnes ataupun apa juga kerjaya yang korang ceburi.

Kalau korang berminat untuk mengetahui teknik marketing dan belajar cara-cara untuk tarik pelanggan, korang boleh join kelas RPM Bisnes Comeback ni. Untuk maklumat lanjut, layari www.NakTarikPelanggan.com. 

Ada banyak tips-tips pemasaran terbaru yang korang boleh belajar daripada Najib Asaddok dan Momentum Internet.

Dapatkannya di : www.najibasaddok.com

SKIP THIS AD ×