berita

Asyik FYP Di TikTok, Korang Kenal Tak Mamat Aman Ni Siapa???

March 25th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Baru-baru ni bila scroll TikTok asyik FYP video-video Aman. Korang tahu tak dia siapa? Adakah dia bintang yang bakal menyinar selepas Ryan Bakery?

Bukan apa, video-video reaction Aman semuanya dapat sambutan. Ramai pulak yang boleh relate dengan video-video dia.

Korang dah tengok ke belum video-video Aman? Content dia simple tapi menarik dan informatif. Tak percaya, korang boleh tengok sendiri dekat bawah.

1. Bila realiti dan kenyataan berbeza!

@ohbulanofficial Bila realiti tak seindah expectations. Siapa boleh relate? #sayadigital ? original sound – OHBULAN!

Ini kompilasi video pertama dekat Oh Bulan yang ada video Aman.

Video Aman, video no 3 tu. Ala video reaction pasal pekerjaan programmer. Tu la korang, korang ingat kerja programmer buat coding ni mudah macam ABCD,hakikat sebenarnya diorang pun kadang-kadang refer Youtube nak buat coding.

2. Macam-macam jadinya bila online!

@ohbulanofficial Bila Online, macam macam boleh jadi! Korang jangan jadi macam ni tau #sayadigital #ohbulan ? The Most – BAER

Ini adalah kompilasi video kedua yang ada video Aman,

Video Aman kali ni trigger banyak netizen. Aman buat video reaction mengenai member pejabat dia yang tengah online meeting tapi boleh pulak lupa off kamera masa pergi tandas. Nasib baik tak nampak paparan yang tak sepatutnya dan rakan sekerja yang lain sempat tegur.

3. Memang gini ke perangai mak-mak ni?

@ohbulanofficial Mak korang macam ni jugak ke? #sayadigital ? original sound – OHBULAN!

Antara semua video Aman, yang ni paling relatable dengan min. Aman buat content dan react sebagai abang. Jadi, min as kakak sulung memang faham.

Kadang-kadang kita tengok komen mak kita dekat status FB adik kita, kita pun tak tahu nak tegur or nak buat apa. Salah tegur, kita pulak yang di komennya nanti. Oleh itu, tak pelik kalau Aman hanya mampu gelengkan kepala je.

4. Jaga-jaga dari kena tipu

@ohbulanofficial Bila scammer salah target. Kan dah kena dengan Aman! ? Jaga-jaga! Jangan senang kena tipu. #sayadigital ? original sound – OHBULAN!

Berbeza dengan video-video sebelum ini, video Aman yang viral kali ni bukan lagi video kompilasi. Sebaliknya, video ini adalah video situasi sebenar yang berlaku dimana Aman membantu rakan sepejabat untuk mengelak daripada di tipu oleh scammer.

Banyak info Aman share dalam video ni termasuklah tips-tips dan cara elak daripada penipuan dalam talian. Korang dekat luar sana, jangan suka-suka pulak nak kongsi maklumat peribadi atau klik pautan yang dihantar melalui email dan WhatsApp.

5. Jana pendapatan

@ohbulanofficial Benda sekarang boleh online. Tengok cara Aman jual ni, korang mesti nak jana extra income jugak. #sayadigital ? original sound – OHBULAN!

Video viral berikutnya merupakan video Aman berniaga di pejabat.

Selain bergelar pekerja cemerlang, Aman juga merupakan ahli perniagaan berjaya dekat pejabat dia. Aman bukan sahaja berjaya pujuk rakan sepejabat beli ubat hilang stress yang dia jual, tetapi dia juga berjaya pastikan mereka buat bayaran.

Hebatnya Aman ni berniaga, pelanggan dia boleh bayar guna kod QR je. Mudah untuk pelanggan, mudah juga untuk Aman.

Sebab itulah dalam dunia perniagaan ni, kita kena cerdas mengenai peluang-peluang yang kita ada untuk jana pendapatan. Especially, dalam platform digital. Macam-macam kita boleh buat. Apa yang penting ada ilmu dan tahu cara yang betul untuk melaksanakannya. Contohnya boleh buat baucar diskaun, laksanakan program kesetiaan dan banyak lagi.

6. Jimat berbelanja

@ohbulanofficial Patutnya dengar je cakap Aman tadi. Mesti dah jimat banyak duit. Korang prefer makan luar or order je online. #sayadigital ? original sound – OHBULAN!

Jimat berbelanja merupakan video Aman yang paling latest sekali.

Aman buat content pasal pesan makanan secara online je, Itu pun viral. Pelik kan? Tapi ramai yang boleh relate. Views pun tinggi. Situasi yang Aman gambarkan dalam video ni memang real. Kerja dia tak siap lagi, kalau keluar makan, masa dia akan terbuang, kerja jadi tergendala.

Ye la, pekerja cemerlang mesti siapkan kerja awal, ontime! Tambahan pula, pesan makanan secara dalam talian lebih menjimatkan. Banyak e-baucar disediakan. Penghantaran makanan pun percuma. Jimat masa dan duit.

Tak macam kawan dia lagi satu tu, tak pasal-pasal kena saman sebab parkir kereta di kawasan yang salah.

Konklusinya,video-video Aman semua best, relatable dan informatif.

Cuma… siapa Aman ni? Influencer baru ke? Video-video dia semua random. Apa tujuan dia sebenarnya? Kalau dia nak popular, dia memang dah masuk FYP.

Satu perkara yang min perasan, Aman ni asyik pakai jaket hitam ada tulisan MDEC. Dia staff dekat sana ke? Hmmmmmmmm…

SKIP THIS AD ×