berita

Asyik Makan Nasi Je..Apa Kata Sesekali Ubah Selera Dengan NuMee Gardenia!

June 1st, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Siapa yang dah jadi isteri atau ibu tu, mesti kadang-kadang dah habis idea fikir nak masak apa untuk keluarga kan? Tiap-tiap hari asyik makan nasi pun bosan jugak. Apa kata sesekali ubah selera dan masak mee?

Macam-macam jenis menu yang korang boleh masak dengan mee tau. Mee goreng, mee hailam, mee bandung, mee kari..eh kalau nak senaraikan sampai esok pun tak habis. Tak kisahlah masak apa pun, yang penting berkhasiat dan dimasak dari air tangan ibu.

Haa..meh kitorang perkenalkan kat korang sesuatu yang berkhasiat, mudah dan istimewa untuk seisi keluarga! Nak tahu apa?

Mee pertama Malaysia menggunakan teknologi pempasteuran..

New yellow noodles by Gardenia

Kalau sebelum ni, favourite admin mestilah seleksi roti dari Gardenia yang lembut, gebu dan enak tu. Sekarang, favourite admin pastinya mee kuning NuMee! Untuk pengetahuan korang, Gardenia baru je mengeluarkan produk terbaru iaitu NuMee Gardenia!

NuMee Gardenia dihasilkan dengan menggunakan tepung gandum berasas bijirin gandum putih premium yang diimport daripada Australia. Tepung gandum berkualiti ini diadun dengan air garam beralkali gred makanan, menghasilkan mee kuning yang kenyal, tidak berbau dan lebih berkhasiat.

Adunan ini kemudian dipotong, dimasak, dibungkus dan kemudiannya melalui proses pempasteuran. Kesemua NuMee diproses di kilang Gardenia yang bertaraf dunia, otomatik dan disahkan Halal oleh Jakim.

Mee kuning tak sihat? Korang salah sebenarnya sebab…

Ramai yang anggap mee kuning ni tak berkhasiat sebab biasanya berminyak dan mempunyai pewarna tambahan. Sebab tulah ramai yang menggantikan mee kuning dengan pilihan lain seperti pasta. Haa..tapi NuMee Gardenia ni lain dari yang lain tau. Nak tahu sebab apa?

Image may contain: foodNuMee Gardenia dikilangkan di Bukit Kemuning Shah Alam.  NuMee Gardenia adalah mee kuning dipasteur pertama di Malaysia dan juga terbesar di dunia yang berkualiti, terjamin bersih dan selamat, tanpa pewarna atau bahan pengawet.

NuMee Gardenia telah sedia dibilas dan tidak perlu disimpan di peti sejuk, dan kerana inilah, tidak perlu lagi ragu bila nak menghidangkan mee kuning kerana NuMee Gardenia sememangnya berkualiti, berkhasiat dan SUNGGUH SEDAP!

Ibu-ibu dah tak payah pening nak sediakan makanan yang istimewa dan sihat untuk seisi keluarga lagi!

NuMee Gardenia ni memang sesuai lah untuk ibu bekerjaya yang tak cukup masa nak sediakan makanan sihat dan dalam masa yang sama ingin memastikan keluarganya mendapat khasiat yang secukupnya.

Nak masak pun cepat, terus je masuk dalam kuali, masak, dah siap! Lepas ni, setiap rumah, pastikan ada NuMee Gardenia okay!

Nak lagi resipi menarik dengan NuMee Gardenia?

Korang tahu tak, sebenarnya banyak resipi yang korang boleh masak menggunakan NuMee Gardenia ni tau.

Haa..Pada 30 April lepas, satu media cook-out telah diadakan bersempena pelancaran NuMee Gardenia dengan memperkenalkan 4 menu resipi berasaskan mee yang innovatif dan versatil dari Chef Marina Mustafa.

Image may contain: 1 person, smiling, sitting

Memang kreatif betul resipi-resipi yang diperkenalkan. Di antara resipi yang diperkenalkan ialah, Original Mee Goreng (OMG) NuMee, NuMee Cup, Buttermilk Salted Egg NuMee dan MeeRuku.

Korang nak semua resipi ni? Haa..kalau nak, jangan lupa dapatkan buku masakan ‘Only Mee’ dari Chef Marina Mustafa di rangkaian kedai buku MPH Semenanjung Malaysia, bermula 20 Jun 2019. Kat dalam tu, ada 30 lagi resipi kreatif berasaskan mee yang korang boleh cuba!

Sihat dan lazat, NuMee Gardenia, jenama yang dipercayai dan untuk keluarga tersayang. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang NuMee Gardenia, jangan lupa like dan follow Facebook NuMee Gardenia serta layari laman web NuMee Gardenia untuk resipi yang menarik.

NuMee Gardenia, #SungguhSedap!

SKIP THIS AD ×