Usahawan terkenal, Asyraf Khalid mendedahkan dia hanya makan daging Wagyu sahaja terutama ketika menikmati hidangan steak.

Artikel Berkaitan: Asyraf Khalid Dikecam Ulas Isu Fattah Amin & Fazura Dalam Podcast, Ambil Iktibar Enggan Lagi ‘Sentuh’ Topik Rumah Tangga

Artikel Berkaitan: Asyraf Khalid Bidas Netizen ‘Perli’ Siti Nurhaliza Tak Ada Job Kerana Selalu Buat Live – ‘Tahun Ni Ja Berapa Banyak Konsert’

Wagyu jadi pilihan utama

Asyraf khalid wagyu

Menurut Asyraf, daging Wagyu mula menjadi pilihannya sejak 15 tahun lalu, iaitu ketika menyambung pengajian di Melbourne, Australia. Katanya, kelembutan Wagyu yang luar biasa itu tidak boleh menandingi rasa daging yang lain.

Justeru, anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih untuk melancarkan jenama daging premium pertamanya, AK Meat, pada Khamis lalu.

Kenapa Wagyu? Sebab bagi saya, tiada daging lain yang boleh menandingi rasa dan kualiti Wagyu.

Kelembutan daging yang meleleh di mulut dan rasa yang luar biasa menjadikannya pilihan utama saya dan kalau nak tahu saya hanya makan daging wagyu sahaja.

Ia bukan sekadar makanan biasa, tetapi merupakan pilihan utama dalam setiap hidangan saya terutamanya masakan steak. Tak kisahlah daging wagyu itu dari Australia atau Jepun.

Pada majlis itu, Asyraf menyajikan steak daging wagyu dengan membelanjakan hingga RM30,000 buat tetamu.

Turut hadir sama adalah isterinya, Tya Arifin, beberapa rakan perniagaan, teman rapat, selebriti tanah air termasuk Izara Aishah serta bapanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan isteri, Siti Nurhaliza.

Kongsi nikmat kesedapan

Asyraf khalid wagyu

Tambah Asyraf, keputusannya untuk mengambil langkah berani dalam melancarkan AK Meat kerana daging Wagyu premium ini bukan sekadar berkaitan perniagaan semata-mata tetapi juga untuk berkongsi nikmat daging kegemarannya itu dengan masyarakat.

Setiap hidangan AK Meat adalah lebih daripada sekadar makanan, ia adalah pengalaman yang ingin saya kongsi bersama pelanggan saya.

Jangan keliru, AK Meat bukan sebuah restoran, tetapi ia adalah perniagaan daging premium yang dipesan secara dalam talian dan kemudian dihantar terus ke rumah. Beberapa lori AK Meat juga akan berada di masjid-masjid tertentu dan boleh dibeli terus dari sana.

Sementara itu, Asyraf turut berterima kasih kepada rakan niaganya iaitu Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan pasukan DAEM yang telah banyak memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan impiannya.

Selain menawarkan produk daging premium, Asyraf menegaskan bahawa AK Meat kini bersedia untuk menjadi jenama pilihan utama dalam pasaran daging premium di Malaysia.