berita

Atas Permintaan Ibu, Lelaki Ini Hasilkan Landskap Kolam Ikan Sendiri Dengan Bajet RM2 Ribu

July 13th, 2020 | by Amat
Make-It-Senang

Nak menghasilkan sebuah kolam ikan dalam usia muda adalah sangat mustahil. Tak semua antara kita boleh melakukannya seorang diri tanpa bantuan pakar.

Seorang pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak yang dikenali sebagai Arfa Zafran ini telah berjaya menghasilkan sebuah kolam ikan untuk ibunya. Memang cantik!

Ambil masa sebulan

Arfa Zafran sebelum ini memuat naik video proses menyiapkan kolam ikan tersebut di laman Twitter. Mendapat lebih 110ribu tontonan dan rata-rata memuji usaha pelajar ini.

Menerusi perbualan bersama OHBULAN!, pelajar jurusan kejuruteraan itu mengambil masa selama sebulan. Tempoh tersebut termasuk proses mencantas dan menebang pokok di halaman, korek tanah, membina struktur kolam dan pendawaian elektrik.

Projek ini bermula semasa PKP hari itu. Ibu teringin nak kolam ikan di halaman rumah sebab dia sukakan suasana nature. Kemudian, saya berbincang dengan ayah untuk mendapatkan nasihat mengenai perancangan projek ini.

Sebelum saya memulakan projek ini, saya lukiskan terlebih dahulu idea kolam. 3 hingga 4 kali juga proses lakaran dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Saya juga banyak menonton video tutorial di Youtube.

Jumlah kos menghasilkan kolam

Tambah pelajar berusia 18 tahun ini lagi, dia mengambil masa tiga hari untuk menebang dua pohon pokok yang berada di halaman termasuk semak-samun. Aktiviti tersebut dilakukannya seorang diri sahaja.

Kos keseluruhan untuk menghasilkan kolam ini sekitar RM2ribu. Kos ini telah termasuk membeli batu, pokok, ikan dan elektrik. Untuk proses electrician, ayah juga membantu saya. Sebab dia lebih pakar dalam soal itu.

Arfa Zafran sempat meninggalkan pesanan buat anak muda yang tidak mempunyai idea untuk dilakukan ketika waktu lapang.

Kepada anak muda, buatlah aktiviti yang berfaedah. Kalau waktu PKP tak ada buat apa, carilah idea untuk anda lakukan. Buat dan penuhi permintaan keluarga. Sekurangnya, kita boleh buat sesuatu untuk mereka.

Gambar hasil kolam ikan

SKIP THIS AD ×