Nama komposer terkenal iaitu Ajai mula menjadi trending di laman Twitter apabila kritikannya dianggap ‘berbisa’ dan keterlaluan. Ajai menerusi sebuah rancangan realiti Big Stage mengkritik nyanyian Dr Hafiz Zainal yang dikatakan sumbang. Tambahan pula, markah yang diberikan kepada peserta itu adalah 2 daripada 100.
Pemarkahan paling rendah
What is this???!!! Omg, I don't get this. And I don't even understand ajai?#BigStage2020#DominasiBBNUNormaBaharu pic.twitter.com/1bIcefggZV
— Fify ?? (@ffiffyy_) August 16, 2020
Program Big Stage 2020 baru saja membuka tirai untuk minggu pertama dan menyaksikan 12 peserta membuat persembahan. Program nyanyian ini menampilkan tiga orang juri tetap iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai. Manakala ditampilkan Neelofa sebagai Juri Presiden Netizen dan Hael Husaini sebagai juri jemputan.
‘Awak tahu yang awak sumbang?’
“Awak pengsan pon awak lagi best” HAHAHAHA PEDIH PEDAS SEMUA ADA #BigStage2020 #Ajai pic.twitter.com/N6H5IS6mAo
— ijul ?? (@izzikhwn) August 16, 2020
Dr Hafiz Zainal menyampaikan lagu Fly Me To The Moon pada minggu pertama itu menyaksikan dia kurang senang apabila mendapat kritikan hebat dari Ajai. Komposer tersebut menyifatkan nyanyian dari Hafiz Zainal kedengaran sumbang.
Don’t hate me, Doc. Awak nyanyi, saya tak perlu bagi apa-apa points. I’m sorry for that. Because from the start to the end, you out of tune. Awak salah rumah. Okay, saya nak tanya peribadi, awak tahu tak yang awak sumbang?
Make sure bila dah sumbang tu, jangan continue balik key yang tu. Biar awak diam pun tak apa. Sampai awak dapat the right key. Lagi nampak awak cantik. Ataupun awak pengsan pun lagi best.
Markah yang diberikan Ajai sebanyak 2, Dayang Nurfaizah hanya 54 manakala Faizal Tahir memberikan 78 menyebabkan Hafiz Zainal berada pada kedudukan ketiga terbawah. Walaubagaimanapun, minggu pertama ini tiada penyingkiran dilakukan dan memperlihatkan kesemua peserta selamat untuk ke minggu seterusnya.
Sumber: Twitter