Penyanyi meningkat naik, Athalia mendedahkan dirinya sudah lama berkawan dengan bintang sensasi antarabangsa iaitu Elliot James Reay.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Zarina Dapat Bunga Daripada BF Anak Perempuan, Athalia ‘Sound’ Teman Lelaki – ‘Kenapa Awak Bagi Mak Saya?’

Dah lama kenal Elliot

@realsharifahzarina Welcome back @Elliot James Reay #40sz #sharifahzarina #elliotjamesreay ? I Think They Call This Love – Elliot James Reay

Ketika ditemui OhBulan!, Athalia atau nama sebenarnya Athalia Deena Buswani berkata, hubungannya bersama Elliot mula menjadi akrab selepas pelantun lagu ‘I Think They Call This Love’ itu menetap selama empat bulan di Malaysia.

Sebenarnya sebelum lagu dia popular lagi kami sudah mengenali antara satu sama lain. Dia pernah datang ke Malaysia dalam empat bulan macam itu dan hanya saya kawan yang dia kenal di sini.

Kami mula berkenalan di TikTok ketika masing-masing rancak buat lagu cover. Jadi, daripada situ kami berhubung dan akhirnya menjadi kawan.

Selesa datang Malaysia

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Sharifah Zarina ini menjelaskan bahawa Elliot sering berkunjung ke beberapa negara bagi melebarkan lagi sayapnya dalam industri muzik namun lebih selesa untuk datang ke Malaysia kerana ramai kenalan.

Dia sebenarnya mahu ke beberapa buah negara untuk luaskan karya muziknya. Dalam kebanyakan negara yang dia pergi, dia tidak mempunyai kawan.

Disebabkan itu dia suka ke Malaysia kerana mengenali saya dan kami pun banyak buat lagu cover bersama.

Itu membuatkan kami rapat sehingga dia kerap datang ke rumah, lepak dengan keluarga saya. Memang kami selalu bawa dia pergi makan bersama.

Sebelum ini, perkongsian Sharifah yang menjemput Elliot di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah meraih perhatian dan mengundang pertanyaan dalam kalangan netizen.

Perkongsian pelantun lagu ‘Langit Ke Tujuh’ itu membuatkan ramai mula bertanya apakah hubungan Zarina sehingga menggelar Elliot sebagai anak angkatnya.