
Penyanyi, Athalia Deena mengakui dirinya dihujani pelbagai pertanyaan susulan dakwaan diganggu oleh seorang lelaki berstatus suami orang yang juga merupakan pasangan kepada selebriti terkenal.
Artikel Berkaitan: Sharifah Zarina Dakwa Anak Diganggu Suami Orang – ‘Jangan Nanti Kantoi Dengan Isteri Awak..Selebriti Terkenal Tu’
‘Ramai tanya siapa’
Menerusi hantaran di Threads, Athalia, 22, menjelaskan dia memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu terbabit kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli keluarga lelaki berkenaan.
Minggu ini ramai yang datang bertanya siapakah individu tersebut. Namun saya cuba sedaya upaya untuk tidak membocorkan identitinya.
Bukan kerana saya tidak mahu bercerita atau mendedahkan siapa dia, tetapi hakikatnya perkara ini sangat mengejutkan kerana saya rapat dan berkawan baik dengan seluruh keluarganya.
Menurut Athalia lagi, dia dianggap seperti sebahagian daripada keluarga tersebut, namun tidak dapat menyembunyikan rasa jijik dan kecewa terhadap apa yang berlaku.
Segala penderitaan ini hanya berlaku sejak kebelakangan ini dan saya sendiri keliru mengapa lelaki yang terlibat sanggup melakukan perkara tersebut terhadap saya, sedangkan ramai lagi orang lain di luar sana.
Dalam erti kata lain, saya boleh dianggap seperti anak mereka sendiri. Sebab itu perkara ini benar-benar menjijikkan dan mengerikan.
Terdahulu, ibu kepada Athalia yang juga penyanyi, Sharifah Zarina, meluahkan rasa marah apabila mendakwa anak perempuannya itu telah diganggu oleh seorang lelaki yang merupakan suami kepada selebriti terkenal.
Menurut Zarina, individu berkenaan didakwa mengajak Athalia keluar berdua-duaan, sekali gus mendorongnya untuk tidak teragak-agak mendedahkan perkara sebenar kepada umum.
Sumber: Threads