Pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime mengakui bergelar usahawan bukanlah sesuatu yang mudah selepas mula menceburi bidang perniagaan suaminya, Datuk Lokman Teh yang dikenali dengan jenama Zaitun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Akui Khilaf, Tersentak Suami Tegur Percakapan Makin Kasar – ‘Jangan Sombong, Walaupun Kita Bekerja’

Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kurang Senang Dengan Sikap Suka Mengata – ‘Boleh Jadi Buli Siber Kalau Biarkan’

Tidak mudah

Ketika dihubungi OhBulan!, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata pandangannya terhadap dunia perniagaan berubah sepenuhnya selepas menceburi bidang keusahawanan.

Saya rasa cabaran dalam menjadi usahawan ialah pengurusan masa.

Saya fikir kalau jadi bos seronok sebab boleh sesuka hati masuk kerja tapi sebenarnya tidak.

Sebagai usahawan, kena kerja setiap masa 24 jam, tiada waktu cuti dan tiada masa untuk berehat. Memang kena all out.

Dalam pada itu, pelakon drama Bila Hati Berbicara juga menjadikan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Datuk Seri Vida dan Neelofa sebagai idola dalam dunia perniagaan.

Atikah turut berharap untuk mencapai kejayaan sebagai usahawan seperti mereka pada masa akan datang.

Mereka bertiga ialah idola saya dan saya sangat menyanjungi mereka.

Saya suka tengok cara mereka kerana mereka sangat bekerja keras dan rajin.

Kalau tengok mereka sering buat siaran langsung (live) pada setiap masa. Saya fikir jadi usahawan mudah tetapi sebaliknya.

Untuk info, Atikah tercalon dalam kategori Selebriti Paling Viral di OhBulan Paling Viral Online.

Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025 dengan maksimum 50 undian setiap hari.

Malam kemuncak OhBulan Paling Viral Online bakal berlangsung pada 19 Disember 2025 jam 9 malam di TikTok OhBulan.

Untuk mengundi dan mendapatkan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.