Pelakan dan usahawan Atikah Suhaime berkongsi momen melahirkan puteri sulungnya  yang diberi nama Lyla Mulan Teh, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Kongsi Kisah Sedih Disebalik Resipi Nasi Goreng Ibu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Dipuji ‘Humble’ Beli Barangan Bayi Di TikTok – ‘Kahwin Orang Kaya Tapi Masih Berbelanja Macam Orang Biasa’

Selamat melahirkan!

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime akui nyaris berputus asa semasa proses meneran bayi keluar.

Saya nak putus atas dah masa ini.

Dan saya ingat Lyla Mulan tak boleh keluar.

Tapi dia berjaya keluar!

Dalam pada itu, isteri kepada Datuk Lokman Teh menyangka perut akan terus kempis sejurus melahirkan.

Ingatkan lepas bersalin, terus kempis macam waktu berlakon drama.

Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh pada Sabtu.

Sumber: Instagram @therealatikahsuhaime