

Pelakon dan usahawan Atikah Suhaime menyorot perhatian orang ramai apabila secara terbuka berkongsi tip mencari suami kaya kepada para pengikutnya.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Sangkal Dakwaan Cucuk Dagu Untuk Nampak Runcing Ketika Mengandung – ‘Dagu Mulan Ikut Mummy’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaimie Perjelas Buat Dua Jenis Pantang, Jawab Isu Tak Ikat Rambut Cekang Nanti Muka Jadi Kendur
Kumpul duit, makan tempat mahal

Menerusi komen di TikTok, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata sebelum bernikah dia sering kumpul duit untuk makan di restoran mahal setahun sekali.
Katanya, di lokasi itu juga dia bertemu dengan suaminya, Datuk Lokman Teh.
Dulu saya berjimat setahun sekali makan dekat restoran macam ini. Dekat tempat macam inilah saya jumpa suami.
Cubalah, mana tahu satu hari nanti dapat.
Atikah berkongsi tip itu selepas salah seorang individu berseloroh mahu mencari suami kaya agar dapat menikmati hidangan sekitar RM1,000 sepertinya.
Tip tambahan

Tidak hanya itu, pelakon filem Lupakan Cinta itu juga berkata selain di restoran mahal, orang ramai juga boleh cuba pergi ke tempat main golf.
Lagi satu tempat main golf. Mahal tapi sekali sekala pergilah saja-saja.
Sebelum ini, Atikah berkongsi video memaparkan dia dan suaminya menikmati makan malam di sebuah restoran Jepun dengan harga melebihi RM800.
Sumber: TikTok





![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)

![[VIDEO] Lebih 100k Tonton ‘Live’ Suami MUA Bellaz Pulang Dari RXZ Members 8.0](https://asset.ohbulan.com/2026/08/mua-bella1.jpg)
