Pelakon Datin Atikah Suhaimi mempunyai sebab tersendiri apabila dia merancang untuk tidak menambah bilangan cahaya mata.

Artikel Berkaitan: ‘Orang Tanya Macam Mana Tahan Duduk Dengan Mentua? Saya Anggap Macam Mama Papa Sendiri’ – Atikah Suhaime

Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Amuk ‘Mak Cik Bawang’ Dakwa Ikan Pari Bisa Badan – ‘Kalau Tak Awet Muda, Saya Tak Perlukan Nasihat Awak’

Tambah anak

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, memberitahu dia memerlukan masa kira-kira setahun untuk mendapatkan keyakinan diri.

Saya ambil masa hampir setahun untuk mencari diri semula. Normal ke kalau tak nak ada anak lagi?

Saya rasa Mulan dah sempurna. Ada tak ibu bapa di sini yang cuma ada seorang anak? Okay ke?

Bagaimanapun, perancangan untuk memiliki zuriat yang ramai berkemungkinan tidak akan diteruskan kerana Atikah pernah mengalami fasa sukar selepas bersalin.

Sebelum kahwin saya janji pada suami nak bagi dia enam orang anak…tak jadilah.

Fasa selepas bersalin memang bukan main-main.

Perubahan fizikal

View on Threads

Tambah pelakon berasal dari Singapura itu, dia menerima pelbagai kritikan mengenai perubahan fizikalnya selepas melahirkan anak.

Tempoh kehamilan saya adalah terbaik. Orang cakap nampak lebih cantik tetapi fasa selepas bersalin paling teruk.

Orang cakap, ‘kenapa dia besar sangat?’ Dan kawan saya pun pernah tawarkan saya ubat kurus.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada 21 Januari tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata sulung yang dilahirkan pada 8 Mac lalu dan diberi nama Lyla Mulan Teh.

Sumber: Threads