berita

Atikah Suhaime Seronok Masak Sahur Untuk 10 Orang, Netizen Puji Meriah Lauk Dah Macam Berbuka

March 13th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsi pengalaman bersahur kali pertama dengan keluarga suaminya, Datuk Lokman Teh.

Artikel berkaitan: ‘Lokman Tidak Suka Saya Melakonkan Watak Berpelukan, Adegan Atas Katil’ – Atikah Suhaime

Artikel berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Kini Isteri Ahli Perniagaan Berstatus Datuk, Terima Mas Kahwin RM300

Masak sahur untuk 10 orang

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Atikah memasak pelbagai jenis lauk untuk sepuluh orang bersahur antaranya ayam goreng, telur goreng masak kicap, sayur kubis goreng dan sup tauhu telur.

Menurutnya, keluarga suaminya gemar makan sahur dengan makanan berat manakala berbuka pula dengan makanan ringan.

Ini kali pertama saya menyambut Ramadhan dengan keluarga yang besar. Suami saya ada enam orang adik-beradik.

Selalunya keluarga saya makan scrambled eggs saja untuk sahur. Tapi keluarga suami saya suka sahur berat, kalau berbuka ringan-ringan. Terbalik dengan keluarga saya.

Apapun, meriahnya ramai-ramai macam ni, seronok sis masak dah macam kenduri.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen puji masakan Atikah yang meriah seperti lauk berbuka puasa.

Ni menu sahur ke berbuka ni.

Banyaknya makan untuk sahur.

Meriahnya lauk sahur dia. Alhamdulilah syukur rezeki.

Untuk rekod, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari lalu dan menetap di rumah keluarga mentuanya.

Sumber: TikTok @atikahsuhaimeeee

SKIP THIS AD ×