
Pelakon dan usahawan Atikah Suhaime memilih untuk tidak mengambil sebarang produk kurus sebagai jalan pintas untuk menurunkan berat badan.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Sangkal Dakwaan Cucuk Dagu Untuk Nampak Runcing Ketika Mengandung – ‘Dagu Mulan Ikut Mummy’
Artikel Berkaitan: Berat Badan Naik, Atikah Suhaime Terpaksa ‘Reject’ Ajakan Kawan Untuk Berjumpa – ‘Seumur Hidup Saya Tak Pernah Gemuk’
Kurus bukan sebab produk
Tindakan pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, mendapat pujian ramai kerana memilih untuk berlaku jujur mengatakan beratnya turun kerana bersenam dan bukannya disebabkan mengambil produk.
Kata Atikah, sebelum ini dia pernah menerima tawaran mempromosikan produk kurus walaupun pada ketika itu beratnya turun kerana bersenam.
Saya dulu pun macam itu. Ambil review produk kurus sedangkan saya kurus sebab diet dan lakukan senaman tiap hari.
Mak mentua pula percaya dengan review saya dan dia pun ambil produk tersebut.
Bila ambil produk tersebut dia terus tak boleh bernafas dan masuk hospital.
Selepas menyedari kesilapannya, Atikah membuat keputusan untuk tidak lagi menerima tawaran mana-mana jenama produk kurus kerana risau kesan buruk yang menimpa mereka yang terpengaruh.
Selepas itu saya sedar apa yang saya buat itu salah.
Disebabkan itu saya berhenti review produk kurus. Bayangkan kalau orang lain pun kena tipu macam mak mentua.
‘Kena sabar’
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak itu turut berkongsi tips dalam menurunkan berat badan adalah dengan mempercayai setiap doa yang dititipkan akan dimakbulkan oleh-Nya.
Kena sabar dan doa setiap hari.
Saya doa tiap hari minta cepat kurus, betul-betul menjadi. Percaya pada doa.
Atikah berkata demikian ketika seorang individu menyatakan perasaan mahu putus asa untuk melakukan senaman dan makan makanan sihat kerana tidak membuahkan hasil.
Sebelum ini, Atikah aktif berkongsi perjalanannya menurunkan berat badan selepas bersalin anak sulung.
Sumber: Instagram