
Pelakon Datin Atikah Suhaime mengimbau kembali momen awal percintaannya apabila mendedahkan sering menghabiskan masa bersama suami di restoran mamak.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Akui ‘Nervous’, Dapat Izin Mentua Pindah Rumah Sendiri – ‘Ini Yang Ditunggu Sejak Kahwin’
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Faham Mengapa Ibu Bapa Letak Hantaran Tinggi – ‘Bukan Senang Nak Lepaskan Anak Dekat Orang Lain’
Atikah Suhaime dating dekat mamak

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu berpendapat wanita kini cenderung merendahkan standard diri sendiri demi dilihat sebagai seorang yang baik.
Dalam pada itu, individu berkenaan berpandangan bahawa wanita yang meletakkan standard tinggi ialah mereka yang mengetahui nilai diri sendiri.
Orang Malaysia yang terlalu mengagungkan “mamak date” buat aku rasa nak muntah.
Jujur cakap, kadang-kadang ianya cuma cara lelaki yang tidak berkemampuan nak normalisasikan usaha yang minimum, sementara wanita yang mempunyai keyakinan diri rendah pula menerimanya kerana terlalu mengharapkan validasi daripada lelaki.
Meletakkan standard bukan bermaksud seseorang itu susah untuk dijaga. Ia bermakna seseorang wanita tahu nilai dirinya dan apa yang dia layak dapat.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime yang berkongsi bahawa restoran mamak menjadi antara lokasi pilihannya bersama suami terutama ketika dia malas untuk bersiap.
Tambah pelakon berusia 35 tahun itu, meskipun suaminya mempunyai kemampuan dari segi kewangan mereka tetap selesa menikmati hidangan di restoran mamak tanpa sebarang masalah.
Dulu saya pernah keluar dating dengan suami di mamak.
Kami pesan teh tarik dan maggi goreng.
Terutama pada hari yang saya malas nak bersiap atau bersolek.
Dia bukan tak berkemampuan.
Sumber: Threads @therealatikahsuhaime








