berita

Atilia Tak Pasti Bila Mahu Langsungkan Perkahwinan

December 4th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Penyanyi kecil molek, Atilia Haron pernah mengakui sudah mempunyai kekasih hati yang telah dilamarnya sewaktu mereka sama-sama menghadiri konsert kumpulan rock, ‘Nine Inch Nails’ di Singapura pada tahun lalu.

Dia yang terkenal dengan lagu ‘Kanda Dinda’ ditemui dalam majlis amal baru-baru ini di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur, mengaku ingin menamatkan zaman solonya pada Januari tahun hadapan, namun tak dapat dipastikan samada ia jadi atau tidak.

“Saya memang nak kahwin, tapi tidak tahu lagi bila. Tahun ini merupakan tahun yang sangat padat dan mungkin perkahwinan saya akan ditunda sehingga Januari tahun hadapan, itu pun belum tentu lagi,” ujarnya Atilia.

Penyanyi kecil molek ini menambah, sejak detik istimewa itu berlaku, mereka belum pernah berkesempatan untuk berbincang tentang tarikh dan lokasi perkahwinan kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya. Atilia turut akui ingin melangsungkan majlis pernikahan terlebih dahulu, kemudian barulah memikirkan soal resepsi.

Melihat riak wajahnya, Atilia nyata sangat bahagia. Kekasihnya, Bots, 34 yang telah dikenalinya sejak 4 tahun lalu adalah seorang yang sangat penyabar, pendiam dan mampu membuat dirinya selalu tersenyum. Malah, hubungan mereka berjalan lancar tanpa sebarang gosip liar.

“Alhamdulillah, mungkin saya tidak pernah berahsia tentang hubungan kami dengan peminat, malah saya sering berkongsi di ‘Twitter’,” ujarnya lagi.

Menerusi perkembanga terbarunya, Atilia sedang membuat persiapan untuk mengadakan sebuah konsert mini di Jakarta, Indonesia pada penghujung tahun ini.

SKIP THIS AD ×