berita

Atlet MMA Maut Selepas Ditumbuk Di Kepala Semasa Perlawanan

July 19th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang atlet Mixed Martial Arts (MMA) di India dilaporkan meninggal dunia selepas ditumbuk di bahagian kepala semasa perlawanan kejuaraan kickboxing yang berlangsung pada Ahad lalu.

Maut selepas perlawanan MMA

Menerusi rakaman ketika kejadian, kelihatan mangsa yang dikenali sebagai Nikhil Suresh berusia 23 tahun terus rebah selepas ditumbuk oleh lawannya pada bahagian muka. Susulan daripada itu, pengadil bertindak menamatkan perlawanan dan mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Mangsa disahkan meninggal dunia empat hari kemudian akibat kecederaan yang dialaminya.

Menurut sumber, ayah mangsa nekad membuat laporan polis dan mendakwa insiden tersebut berlaku kerana kecuaian pihak penganjur. Pihak polis kini masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini selain gigih menjejaki penganjur perlawanan, Naveen Ravishankar yang masih ‘hilang’.

Sebagai rekod, Nikhil mula menceburkan diri dalam sukan kickboxing dua tahun lalu dan telah mengambil bahagian dalam kejohanan kickboxing K-1 peringkat negeri anjuran K-1 Kickboxing Association of Karnataka di India. Dia juga telah menyertai Kejohanan MMA Terbuka ke-6 di Karnataka selepas beraksi dalam Kejohanan MMA India ke-5 di Madhya Pradesh baru-baru ini.

Video kejadian

Sumber: Fox Sports, Youtube Kannada Family

SKIP THIS AD ×