berita

ATM Sedia Tambah 2 Lagi Hospital Medan & Katil Buat Pesakit ICU

May 18th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: Utusan

Seperti yang kita tahu, pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia dah berada di tahap yang membimbangkan dengan kes yang meningkat naik saban hari. Hospital pun dah cukup sesak dan tak mampu nak menampung jumlah pesakit yang ramai sekiranya kes positif terus bertambah.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mampu mewujudkan dua lagi hospital medan sekiranya kekurangan doktor dan paramedik dapat dipenuhi serta bersedia untuk mengambil kakitangan secara kontrak dalam kadar segera.

Ini berikutan ATM memerlukan sekurang-kurang 30 orang doktor dan 100 orang paramedik bagi menambah pembukaan hospital medan di negara.

Penambahan katil akan dibuat secepat mungkin

Kredit: Utusan

Tambah Ismail, ATM juga telah menyediakan 18 katil tambahan bagi pesakit di unit rawatan rapi (ICU) hospital medan di Pulau Pinang dan penambahan katil selebihnya akan dibuat bermula esok.

Kredit: Utusan

Terdahulu, sebanyak empat buah hospital medan telah dibuka iaitu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang; Tawau, Sabah; Pokok Sena, Kedah dan Kapit, Sarawak dan terbaharu ialah hospital medan untuk pesakit ICU di Pulau Pinang.

Malaysia bersedia hantar tentera untuk misi pengaman

Kredit: Utusan

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, Malaysia bersedia sekiranya diminta untuk menghantar tentera bagi misi pengaman di bawah program bangsa bersatu, tetapi tidak boleh secara persendirian membuat keputusan kerana ia melibatkan undang-undang antarabangsa.

Menurutnya, “Kita memang ada hantar misi pengaman di bawah panji-panji bangsa bersatu. Sebagai contoh di Lubnan, kita tidak boleh secara persendirian menghantar tentera kita ke luar negara kerana melibatkan undang-undang antarabangsa.

“Jadi kalau bangsa bersatu meminta negara-negara seperti Malaysia untuk menghantar tentera sebagai pengaman di bawah program itu, Inshaallah,” jelasnya lagi ketika sidang akhbar sesi Taklimat Kesiagaan Perkhidmatan Kesihatan ATM di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, semalam.

SKIP THIS AD ×