Pelawak dan pelakon, Atu Zero meluahkan rasa syukur apabila isu bayaran lambat oleh sebuah stesen televisyen tempatan telah pun diperjelaskan kepada beberapa rakan artis yang terlibat.
Artikel berkaitan: Isteri Atu Zero Minta Maaf Dengan Nabila Razali, Perjelas Sindiran Hanya Melawak – ‘Banyak Sangat Baca Komen Netizen’
Artikel berkaitan: Atu Zero Perli Tak Boleh Nyanyi ‘Live’, Nabila Razali Terasa Hati
Bela hak rakan artis
Jelas Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif, tindakannya sebelum ini yang latang bersuara mengenai isu tersebut adalah kerana mengenangkan nasib rakan artis lain yang jarang mendapat tawaran bekerja.
Malah, dia berbuat demikian kerana mahu membela hak rakan-rakanya.
Saya dimaklumkan ramai pelakon-pelakon otai dan baharu sudah pun menerima bayaran selepas saya viralkan kisah tersebut.
Ramai yang menghubungi saya untuk mengucapkan terima kasih. Mereka cakap, kalau saya tidak viralkan hal tersebut, mungkin mereka pun belum dapat bayaran.
Saya bukan nak cakap yang saya ni berani dan mereka tidak, tapi kita cerita fasal hak.
Saya bukanlah tak kisah sangat mengenai duit tersebut tapi saya lebih kisahkan nasib rakan-rakan artis lain ini.Tawaran kerja mereka pun bukan selalunya ada. Siapa lagi nak tolong bersuara untuk mereka kalau bukan orang macam saya.
Atu mengulas mengenai perkara itu ketika dia ditemui pada malam gala tayangan filem lakonan terbaharunya berjudul Sumpahan Malam Raya di GSC, Nu Sentral pada Rabu.
Bayaran Atu dibekukan?
Bagaimanapun, kata anak kelahiran Sabah itu, dia merasa hairan mengapa hanya bayaran untuk dirinya masih belum diterima dan dibekukan sehingga kini.
Pun begitu, ahli kumpul Zero itu memilih untuk mendiam diri dan tidak mahu bertindak lantang sekali lagi.
Kawan-kawan artis lain semuanya sudah dapat tapi cuma pembayaran saya seorang yang dibekukan. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan saya bersuara.
Kalau cerita nilai keseluruhan bagi tiga program yang saya buat, ada dalam RM30,000. Saya bukan nak buka aib sesiapa tapi ini kebenarannya.
Kali ini, kalau saya bersuara lagi soal duit, apa beza saya dengan pihak di sana? Saya akan pastikan saya terima wang tersebut walaupun lambat. Saya ini jenis orang yang akan bersuara sekali sahaja.
Kemudian, saya tak mahu panjangkan lagi. Saya ini hanya ada SPM dan tahap pendidikan mereka jauh lebih tinggi. Takkan mereka tak boleh berfikir macam saya,” katanya lagi.
Menurut Atu lagi, pihak stesen tersebut turut memintanya untuk hadir ke pejabat untuk mengambil baki bayaran, namun pelawak itu enggan disebabkan pihak berkenaan tidak pernah memintanya berbuat demikian sebelum ini.
Terdahulu, Atu meluahkan rasa kesal kepada stesen televisyen tersebut kerana melewatkan proses pembayaran meskipun program yang melibatnya sudah lama tamat.
Susulan itu, Atu bertindak bersuara dengan mendedahkan perkara yang berlaku di laman sosial miliknya.
Selain Atu, Sumpahan Malam Raya turut dibintangi pelakon Nora Danish, Danial Zaini, Reen Rahim dan ramai lagi. Saksikan filem bergenre komedi seram ini di pawagam seluruh negara bermula 22 April ini.
Sumpahan Malam Raya mengisahkan tentang Syawal, Tania, Adam dan Misha yang mengusahakan sebuah homestay berhantu dengan pelbagai kejadian pelik yang berlaku menjelang Hari Raya dan mereka semua cuba merungkaikan misteri tersebut satu-persatu.