Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas disyaki memperkosa cucu kandungnya sehingga kanak-kanak itu hamil.
Datuk perkosa cucu sampai hamil
Memetik laporan media Indonesia, suspek berusia 73 tahun itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sejak empat tahun lalu iaitu ketika mangsa berusia 8 tahun.
Namun perbuatannya baru terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 12 tahun itu mengadu sakit pada bahagian pinggang dan perut.
Ternyata selepas diperiksa, rupanya-rupanya mangsa berbadan dua dan kini usia kandungannya sudah mencecah tujuh bulan. Namun, keadaan janin mangsa tidak berada dalam keadaan normal dan terpaksa melahirkan bayi tersebut (pramatang).
Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan mangsa kini berada di hospital mendapatkan rawatan.
Sumber: Viva, Jabar Tribunnews, Detik