Seorang wanita meluahkan kisah silam hitamnya mendedahkan pernah menjadi mangsa rogol oleh datuk kandung sendiri sejak berumur empat tahun.

‘Lega bila tahu dia dah meninggal’

Gambar sekadar hiasan

Menerusi  hantaran yang dikongsikan semula di platform X, wanita ini menyatakan rasa lega selepas pelaku akhirnya meninggal dunia baru-baru ini.

Datuk saya yang rogol saya dari umur 4 tahun sampai 11 tahun dah meninggal dunia minggu lepas. Akhirnya saya bebas.

Walaupun dia dah pernah kena 9 tahun penjara lepas perbicaraan panjang dari umur aku 11 tahun sampai 16 tahun, tapi aku tak pernah rasa bebas. Kami sebaya dan tinggal dengan dia waktu hari bekerja.

Menurutnya, selain dirinya, dua orang sepupu serta seorang anak jiran turut menjadi mangsa. Namun kini hanya dia dan seorang sepupu lelaki yang masih hidup.

Anak jiran OD dan satu lagi cousin sui (bunuh diri). Pernah rasa nak bunuh diri sebab rsa bersalah tapi lepas tengok keadaan mayat sepupu, terus telan balik niat.

Wanita itu turut berkongsi tekanan yang diterimanya daripada ahli keluarga sendiri setiap kali isu ini disentuh.

Setiap kali jumpa family besar, masih lagi dengan pertanyaan yang sama. Kenapa lepas banyak tahun baru bagitahu? Tak kesian ke pecahkan family? Atuk dah tua, tak sempat taubat. 

My family sendiri tarik balik report dan biar report anak jiran je sebab kena pressure untuk let go kalau tak atuk akan mereput dalam penjara.

‘Aku bakar semua pakaian dia’

Gambar sekadar hiasan

Dia turut kecewa apabila ahli keluarga lebih mengingati tindakan mereka yang cuba mendapatkan pertolongan, berbanding kesalahan sebenar pelaku.

Wanita itu mengakui berasa puas dan bebas apabila mengetahui lelaki tersebut sudah meninggal dunia.

Saya harap mereka (mangsa lain) masih ada untuk lihat dia mati. Tubuhnya yang lemah itu tidak lagi menakutkan. Tiada lagi renungan mata kotor yang memberi isyarat siapa yang dia mahu untuk hari itu. 

Pada hari itu sendiri, aku bersorak, pakai pakaian tercantik, bersolek, dan berdiri di depan pintu rumah. Dunia perlu tahu bahawa aku berjaya bertahan.

Kini dia masih tinggal di rumah tempat kejadian, namun dalam proses untuk berpindah memandangkan kediaman itu bakal dijual.

Aku bakar semua pakaiannya dan aku jumpa koleksi pakaian kanak-kanak dalam laci dia. Aku bakar semuanya juga. Aku kencing atas katil dia, aku koyakkan semua gambarnya, ia mungkin kebebasan yang datang lewat, tapi aku bebas. Rasanya sungguh lega.

Lega sebab dia dah tak wujud lagi dalam dunia yang sama dengan aku. Aku seorang wanita, dan aku pernah kongsikan bahagian trauma ini dalam kumpulan kecil semasa kem pemulihan. 

Aku pernah merantau ke sana sini mencari sedikit ketenangan, dan kini aku rasa lega sebab aku tak perlu lagi lari. Aku boleh tinggal di mana saja yang aku mahu.

Sumber: X Meinmokhtar