Tindakan pengacara Nabil Ahmad yang didakwa mempersendakan seorang peserta program realiti nyanyian baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga mendapat perhatian Public Health Malaysia (PHM).

Artikel Berkaitan: Kenapa Ramai Rohingya Datang Ke Malaysia? Public Health Malaysia Kongsi 5 Faktor Utama

Artikel Berkaitan: Public Health Malaysia Puji Fattah Amin, Hun Haqeem, Fahrin Ahmad & Kamal Adli Tolak Promosi Vape – ‘Harap Dicontohi Influencer Lain’

PHM beri nasihat

View on Threads

Menerusi satu hantaran di Threads, PHM berpendapat bahawa lawak yang bersifat memalukan individu lain, membuli, melakukan body shaming serta berbaur seksis tidak sesuai dijadikan bahan hiburan, lebih-lebih lagi apabila disiarkan di televisyen.

Dah tahun 2026. Lawak memalukan orang, lawak pembuli, body shaming dan sexist jokes dah tak relevan.

Public kena bersuara bila TV masih normalisasikan benda ini demi rating.

Semoga mesej sampai. You can be funny without being cruel.

Perkongsian tersebut dipercayai dibuat susulan tularnya satu klip video memaparkan pengacara, Nabil Ahmad didakwa mengeluarkan gurauan terhadap Sabrina ketika siaran langsung, sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penonton.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berpendapat bahawa tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana peserta berkenaan sudah menerima komen dan kritikan daripada juri mengenai persembahannya.

Malah, ada yang beranggapan gurauan sedemikian hanya menjatuhkan air muka peserta di hadapan penonton dan tidak wajar dijadikan bahan jenaka demi meraih perhatian atau meningkatkan rating program.

Sumber: Threads