Isteri pelakon dan pelawak Along Cham iaitu Feena Suhaimi tampil bersuara mengenai seorang selebriti wanita yang didakwa memburukkan dirinya menerusi siaran langsung di media sosial, baru-baru ini.
‘Saya tak pernah berjumpa dengan dia’
Menerusi kenyataan yang dikongsikan, Feena atau nam lengkapnya Afreena Suhaimi meluahkan rasa kesal apabila individu tersebut bercakap tentang hal rumah tangganya seolah-olah mengetahui situasi sebenar yang berlaku.
Tegas Feena lagi, selebriti tersebut tidak pernah bertemu dengannya secara bersemuka, sebaliknya hanya berkomunikasi melalui panggilan telefon.
Saya tak pernah berjumpa dengan dia, hanya berkomunikasi melalui telefon sahaja. Saya minta maaf kalau perkara itu mengganggu awak, tetapi perbualan kami hanyalah tentang suami saya dan bagaimana semuanya terjadi.
Tambah Feena lagi, tindakan selebriti wanita itu yang mendedahkan dan memburukkan rumah tangganya kepada umum adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Awak tidak hidup dengan saya. Hanya saya dan suami sahaja yang tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami. Macam mana orang ketiga boleh tahu tentang hal dalaman rumah tangga saya?
‘Tolong hentikan!’
Susulan daripada itu, Feena meminta agar individu berkenaan berhenti menyebarkan cerita yang tidak benar dan tidak membesarkan sesuatu perkara tanpa mengetahui situasi sebenar.
Tolong jangan bercakap dan membesar-besarkan sesuatu tentang saya kerana awak sendiri tidak mengenali saya. Mungkin awak kenal suami saya kerana dia kawan awak, tetapi awak langsung tidak mengenali saya, apatah lagi hal perkahwinan saya.
Melainkan ada yang bercerita kepada awak dan awak menjadi orang ketiga untuk memburukkan dan bercerita. Tolong hentikan!
Setakat artikel ditulis, tiada sebarang respon daripada selebriti yang dimaksudkan, namun kenyataan isteri Along Cham ini telah mendapat perhatian ramai di media sosial.
Sumber: Instagram Feena Suhaimi