berita

Awal-Awal Lagi Ernie Zakri Dah Buang 4 Penyanyi Sebenar Dalam ‘ICSYVM’, Mujur Pilihan Terakhir Macam Tok Ti

June 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Rancangan televisyen kegemaran ramai, I Can See Your Voice Malaysia menampilkan penyanyi jemputan terkenal, Ernie Zakri semalam. Sementara itu tiga penyiasat jemputan, Syamel dan Jiggy turut dipanggil bagi membantu Ernie mencari siapakah penyanyi sebenar.

Empat penyanyi sebenar disingkirkan

Di awal pusingan, Ernie Zakri kelihatan salah percaturan apabila dia menyingkirkan tiga orang penyanyi sebenar di pusingan pertama dan kedua. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Ernie terpaksa menyingkirkan dua orang lagi peserta di pusingan ketiga.

Siapa sangka, strategi Ernie masih salah apabila dia menyingkirkan seorang lagi penyanyi sebenar di pusing ketiga. Walau bagaimanapun, peserta kelima yang disingkirkan olehnya itu merupakan penyamar bersuara sumbang. Reda dengan pilihan sendiri, pelantun suara lagu ‘Gundah’ ini meletakkan harapan yang tipis terhadap pasangan duetnya itu.

Wow penyanyi sebenar!

Memilih lagu ‘Takkan Terlerai’ sebagai lagu duet di pusingan terakhir, Ernie Zakri dan kesemua penyiasat kagum mendengar kelunakan suara Mohd Borhanuddin Afgani. Sebagai penyanyi jemputan, Ernie mampu menarik nafas lega apabila rakan duetnya itu merupakan penyanyi sebenar.

Di akhir rancangan tersebut, Ernie meminta Afgan untuk menyanyikan lagu ‘Cindai’ nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza. Ternyata, suara Afgan hampir sama dengan Tok Ti dan perkara tersebut turut diakui oleh rakan-rakan Afgan di universiti.

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×