Sebut sahaja nama Scha Alyahya dan Awal Ashaari, pasti ramai sudah mengenali pasangan popular yang sangat romantik ini. Bukan itu sahaja, kepetahan anak sulung mereka iaitu Lara Alana juga sememangnya berjaya mencuit hati netizen. Comel sungguh!
Terbaru, menerusi akaun Instagram Awal, Scha dan Lara, mereka ada mengumumkan bakal menerima kehadiran insan baru dalam keluarga. Tahniah!
Alhamdulillah
https://www.instagram.com/p/CDjJrP_AqEe/?utm_source=ig_web_copy_link
Menerusi video pendek yang dimuatnaik Awal Ashaari di Instagram memaparkan Lara Alana sedang memegang alat pengesan kehamilan milik ibunya, Scha Alyahya. Turut kelihatan wajah Lara sangat gembira dengan berita tersebut. Dalam kesempatan itu, Awal meluahkan rasa syukur dengan kurniaan yang sangat bermakna buat mereka sekeluarga. Menurutnya, kandungan Scha kini sedang memasuki empat bulan dan dia berharap agar semua orang dapat mendoakan kesihatan Scha dan anak dalam kandungan serta segala urusan kehamilan dapat berjalan dengan sempurna.
Lara jadi kakak
Alhamdulillah, atas doa semua, Lara akan jadi kakak tak lama lagi! Terima Kasih atas doa Uncles and Aunties semua yang tak putus putus untuk Mommy and Daddy kasi adik kat Lara. Adik lelaki atau Adik perempuan, Lara okay je.. sebab Lara tak sabar nak ada kawan untuk bermain! Doakan kesihatan Mommy dan Adik Lara dalam perut tu ok?
Sementara itu, menerusi akaun Instagram Lara Alana juga ada memuatnaik video mengenai berita kehamilan Scha. Lara yang kini sudah mencecah usia 6 tahun seakan tidak sabar untuk menjadi seorang kakak. Tambah Lara, dia juga akan menjadi seorang kakak yang baik buat adiknya itu.
Menerusi kapsyen yang disertakan di Instagram Lara, dia mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa yang diberikan. Tambahnya lagi, dia tidak kisah sama ada bakal adiknya itu adalah lelaki atau perempuan sebab dia dah tidak sabar nak ada kawan untuk bermain bersama-sama.
Respon rakan artis
Sumber: Awal Ashaari, Lara Alana