berita

AwanBand Lancarkan Single Terbaru, “Lintasan Bintang”

May 16th, 2012 | by M
Kini Trending

AwanBand dianggotai oleh 5 anak muda dengan pelbagai kelebihan. Daripada penulisan lirik, penciptaan, penggubahan, sehinggalah bidang kejuruteraan bunyi, kumpulan ini mampu untuk menghasilkan sebuah syarikat produksi sendiri. Dengan menjadikan HUJAN sebagai mentor mereka, AwanBand mengimpikan sebuah platform yang kukuh dalam industri muzik. Selain itu, Awanband juga berhasrat untuk meluaskan pengaruh mereka dalam bidang perniagaan dengan mengikut jejak langkah Hujan yang telah pun mempunyai syarikat naungan sendiri, “Morning Rocket Distro”.

Dianggotai oleh 5 anak muda yang sangat berbakat, AwanBand menjanjikan kelainan dalam berkarya. Terbaru, mereka muncul dengan single kedua daripada album pertama mereka, AwanBand, yang bertajuk Lintasan Bintang.

Lintasan Bintang merupakan sebuah lagu perlahan dengan mood rock alternatif. Dengan lirik dan nada oleh AwanBand sendiri, lagu ini menceritakan kisah cinta yang tidak kesampaian. Dipenuhi dengan bait-bait luahan hati yang berkelana, lagu ini berkongsi perasaan duka apabila ditinggalkan kekasih hati.

Pada tanggal 14hb Mei yang lalu, AwanBand telah menjalani sesi penggambaran bagi klip video single kedua mereka ini. Pengambaran yang mengambil masa sehari suntuk ini nanti melibatkan beberapa lokasi termasuk sekitar Putrajaya dan di sekitar Cheras. Di bawah produksi My Motion Pictures, pengambaran klip video ini bakal menampilkan Tasha Shilla, pemenang Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2012, tentunya sesuatu yang menarik untuk dinantikan!

Video selepas ini.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×